www.PortalBugis.Com

"Catatan Bugis Di Rantau & Budayanya"

Salasilah kesultanan Selangor

Salasilah kesultanan Selangor mulai 1756

KESULTANAN Selangor bermula seawal tahun 1756 apabila ia berada di bawah pemerintahan Raja Lumu yang menjadi Yang Dipertuan Besar Selangor dan bergelar Sultan Salehuddin Shah (1).

Biarpun berasal dari kalangan orang Bugis, kesultanan baginda diiktiraf oleh Sultan Perak pada pertengahan kurun ke-18 yang turut membawa kepada pembebasan negeri Selangor daripada kekuasaan kerajaan Johor.

Pemerintahan Sultan Salehuddin berterusan sehingga tahun 1778 apabila baginda mangkat lalu digantikan oleh putera baginda, Raja Ibrahim Marhum Saleh yang kemudian bergelar Sultan Ibrahim Shah (2).

Sepanjang pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Selangor menempuh pelbagai peristiwa antaranya, serangan tentera Belanda pada 13 Julai 1784 yang berjaya menawan kota Kuala Selangor.

Ini diikuti perjanjian kerjasama antara kerajaan baginda dengan kerajaan negeri Perak yang akhirnya membawa kepada perselisihan hutang piutang yang diselesaikan melalui campur tangan Robert Fullerton, Gabenor Inggeris di Pulau Pinang.

Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah pada 27 Oktober 1826, anakanda baginda, Raja Muda Selangor dilantik menjadi Sultan Selangor dan bergelar Sultan Muhammad Shah (3).

Menurut sejarah, pemerintahan baginda dianggap lemah ekoran ketidakupayaan baginda untuk menguasai raja-raja dan para pembesar di daerah-daerah lain di Selangor.

Oleh itu, berlaku perpecahan daerah di Selangor iaitu Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Lukut.

Sungguhpun begitu sepanjang 31 tahun memerintah, baginda telah menampakkan beberapa perubahan dengan pembukaan lombong bijih timah di Ampang diikuti dengan pembinaan kedai-kedai bagi keperluan rakyat terutamanya para pelombong.

Kemangkatan baginda secara mengejut pada penghujung tahun 1857 menyebabkan timbul perbalahan di kalangan kerabat di raja dan para pembesar Selangor dalam soal memilih Sultan yang baru.


1857 – 1898

Keputusan akhirnya dicapai dua tahun kemudian untuk melantik Raja Abdul Samad Raja Abdullah sebagai Sultan Selangor dan bergelar Sultan Abdul Samad (4), biarpun baginda hanyalah anak saudara kepada almarhum Sultan Muhammad Shah.

Sejak permulaan pemerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang mula mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan ke negeri-negeri Selat serta berjaya menarik kemasukan lebih ramai pelombong Cina.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin) selaku Wakil Yamtuan Selangor dan menyerahkan Langat sebagai hak milik menantunya itu.

Selepas memerintah Selangor selama 39 tahun, Sultan Abdul Samad akhirnya mangkat ketika berusia 93 tahun pada 6 Februari 1898 lalu dimakamkan di Jugra dan disebut `Marhum Jugra’.


1898 – 1938

Almarhum digantikan oleh cucundanya, Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa pada 17 Februari 1898 dan bergelar Sultan Alauddin Sulaiman Shah (5).

Semasa pemerintahan baginda, Selangor mula mengalami perubahan besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan kereta api dibina begitu juga meningkatnya pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Kelang.

Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Kelang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.

Namun begitu, beberapa bulan kemudian, pada 30 Mac 1938, baginda pun mangkat dan dimakamkan di Kelang dengan gelaran `Marhum Atiqullah’.


1938 – 1960

Pemerintahan Selangor diambil alih oleh anakanda almarhum Sultan Alauddin Tengku Alam Shah yang ditabalkan pada 4 April 1938 dan diberi gelaran Sultan Hisamuddin Alam Shah (6).

Kerajaan baginda bagaimanapun tidak kekal lama apabila dipaksa turun takhta pada tahun 1942 oleh tentera Jepun yang sebelum itu menyerang dan mengalahkan negeri-negeri Melayu.

Jepun yang merasakan kekanda Tengku Alam Shah, Tengku Musauddin lebih layak menjadi pemerintah Selangor telah melantik baginda sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah (7) dan Tengku Alam Shah diminta memberi kerjasama membantu kekandanya dalam soal pemerintahan.


1942 – 1945

Penguasaan Malaya yang berubah ekoran kemasukan semula tentera Britain lebih tiga tahun kemudian turut mengubah struktur pemerintahan kerajaan Selangor kembali kepada pimpinan Sultan Hisamuddin Alam Shah.Berikutan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan Hisamuddin Alam Shah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara Persekutuan Tanah Melayu, sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama disandang oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad.

Berikutan kemangkatan baginda Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah pula dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua.


1960 – 2001

Lima bulan kemudian, baginda pula mangkat pada 1 September 1960 setelah gering selama 27 hari lalu pemerintahan Selangor diterajui oleh putera sulung baginda Raja Abdul Aziz sebagai Sultan Selangor yang bergelar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (8).Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin banyak meninggalkan perubahan yang membanggakan rakyat lantas baginda tetap kekal dalam kenangan selepas kemangkatan baginda di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, pada pukul 11.57pagi 22 November 2001.

Anakanda Almarhum, Tengku Idris Shah pada 22 November 2001 dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor kesembilan bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah (9).

2001 – sekarang.

80 Tanggapan to “Salasilah kesultanan Selangor”

  1. ahmad bin mahmood said

    Boleh beritahu saya siapakah nama anak-anak sultan alaudin sulaiman shah??

    Terima kasih.

    • Normala Othman said

      Bapa mertua saya Raja Tauran Raja Norshah (bondanye Raja Maimunah) adalah cucu kepada pawang diraja iaitu Raja Alang semasa pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin……saya ingin tahu jika nama Jalan Raja Alang di Kg Baru itu diambil sempena pawang diraja kerana beberapa tahun dulu ada org telah datang berjumpa bapa mertua saya bertanyakan hal demikian…sila email kepada saya jika hal ini benar di normala@mmc.com.my

      • abd.mutalip saad said

        tlg bagi info pd saya,kenal ke Hj othman (othman celak)yg berasal dari Sabak Bernam. Beliau pernah bekerja di istana sbg pawang.semasa sultan Hishammuddin iaitu datuk sultan selangor sekarang.Tq

  2. YTM Raja Muda Mahmud said

    Diraja Riau

    http://www.royalark.net/Indonesia/riau2.htm

    Kesultanan Selangor

    http://www.royalark.net/Malaysia/selangor.htm

  3. Keturunan penyamun said

    Bugis ini di mana? Indon kan? Orang kata Bugis ini lanun… Jadi datang Malaysia, lepas itu melantik diri dia sendiri jadi sultan? Celaka punya indon, sampai sekarang menyamun di Malaysia

    • dup michael said

      Dalam dunia ni,,setiap suku ada yang baik ada juga jahat,jadi kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,misal siapa yang menyamun atau di samun,
      .
      Iya melotosi karo makkutana,,makkadae magi pale ko engka keturunan ta idi ro ogi ko ri malaysia nade na napattamai idi suku kaum ta, pada-pada ro suku laing nge,,apa uperhatikan ngiro ko borang-borang nge degaga muttama,,ko wedding ta usahakan to kasi,niga kira-kira mawerre wedding puttama to

      terima kasih

    • riyan said

      Sebenarnya kita patut juga bersukur atas keberadaan mereka di malaysia,jangan kita mengata-ngata yang kurang baik,jasa meraka adalah penyumbang keberhasilan kita,
      Ini saya ambil contoh di bahagian timur malaysia iyaitu tawau sabah,di tawau sabah adalah salah satu perbatasan paling dekat,seandainya peniaga-peniaga di daerah tawau cuma mengandalkan pelanggan dari daerah tawau sahaja, tawau tidak akan maju seperti sekarang,ini boleh di tanyakan sendiri kepada peniaga-peniaga yang berhampiran di pesisir pantai tawau,betapa ramaihnya pelanggan-pelanggan dari perbatasan indonesia datang berbelanja setiap hari di bandar tawau.

    • fareez said

      Bagi menjawab pertanyaan tuan, bugis dianggap lanun kerana selalu morompak kapal2 org eropah, jadi kereka telah menganggap mereka lanun, walhal kebanyakkan kapal yang dilanun atas permintaan org kawasan setempat kerana kebiasaannya org kawasan tersbut mudah mengadu kepada org bugis pada masa itu yg diketui raja bugis. Untuk menakutkan org yg berdagang org eropah terutama inggeris dan belanda banyak membuat provokasi mengenainya. Untuk pengetahuan tuan juga, bukan bugis sahaja yg melanun tetapi kaum lain juga melanun.kenapa marah pada org bugis? Bukan semua kaum terdiri dari org baik. Cuma inggeris dan belanda telah memutarkan sejarah, adakah kita sedar? Lihat pada diri sendiri adakah kita ini dari kalang org baik?

      • rusdihkhidhir said

        btul tu sejarah juga membuktikan tiada melayu asli di malaysia malainkan mereka berasal dri indon jadi mengapa bugis pla yang menjadi maslahnya???????????????

    • orang2 biasa said

      salam,

      salah tu ape yg anda ckp.

      bugis bukan keturunan lanun.
      bugis adalah keturunan pelaut.
      seperti melayu juge.
      berbanding jawa, mereka keturunan agraria.
      bugis dan melayu keturunan maritim.

      konsep lanun ni diperkenalkan oleh belanda.
      belanda amat benci kpd org bugis.
      begitu juge, org bugis, amat benci kepada belanda.
      dendam ni berpanjangan sehingga belanda kuar dari mentadbir tanah2 melayu di semenanjung tp ganggu plak tanah2 melayu yg dikenali sebagai kepulauan melayu yg dibahagikan pada tahun 1824 yg mana british amik tanah melayu semenanjung manakala belanda amik kepulauan melayu.

      bugis tak melantik diri sendiri.
      mereka dilantik oleh sultan perak utk kerajaan selangor.
      daeng chelak penah menyatakan bahawa, utk menjadi sultan di tanah melayu, raja lumu, putera daeng chelak, wajib mendapat perkenan dan pengiktirafan dari keturunan kerajaan melaka yg kuat yg mana time tu sultan perak.
      jadi, raja lumu diiktirafkan sbg raja selangor pd tahun 1743.
      then, kemudiannya, pada tahun 1766, raja lumu diiktiraf sbg sultan selangor pertama.

      melayu mmg dh ada di semenanjung tanah melayu sejak berpuluh2 ribu tahun yg lalu.
      bukannya dari indonesia atau apa2.
      air paras laut meningkat memisahkan kite semua yg mana time tu kite duk di pentas sunda.

      then kite perlu ingat, time dulu2 belom wujud indonesia.
      yg wujud pd time itu adaalah alam melayu yg mana spt benua eropah.
      jadik, meereka masing2 leh berhijrah ke tmpt masing2.
      sbb tu melayu ada di sumatra, jawa, sulawesi dan kalimantan.
      begitu juge sebaliknya.

      • uwais said

        Wa respect info tuan..wa kterunan daeng chelak…tapi tak tahu nak start kat mana salahsilah kami..saya ingin tahu samada daeng chelak ato raja haji org2 soleh,beriman dan warak? 014 6263625 mizi

    • Gilang said

      Hai,kawan tak boleh awak cakap macam tuh.coba tanya pada diri sendiri apa suku dan keturunan u sendiri.cobalha intropeksi diri sebelum kasih comment.terimakasih.

    • jugras said

      Keturunan Penyamun !!! Kamu dan datuk nenek kamu berasal dari mana dan kaum apa???

    • Sul said

      Wahai Keturunan Penyamun.. Ko sebenarnya buta sejarah, suruh belajar malas. Ko sebenarnya keturunan batak Karo yg dtg dari Indon.. Kalo x caya..tanya mak ko,btul x…hahahaha… Kalo xde Sultan dah lama negara ni di perintah oleh org bkn Melayu sperti Singapore. Mmg bebal la ko ni..

  4. raja32 said

    boleh sesiapa yang tolong carikan salah seorang daripada keturunan kesultanan selangor….nama dia Raja Hamzah bin Raja Ahmad bin Tengku Long….kalau korang jumpe tolong email aku.

  5. raja noor ahmad fahmie said

    tanpa kewujudan sultan di selangor..mungkin korang akan digelar org asli..mcm negeri sembilan..

  6. RAJA HAMIDAH BINTI RAJA HAMZAH said

    boleh saya tahu kenapa awak mencari keturunan saya?

  7. RAJA HAMIDAH BINTI RAJA HAMZAH said

    saya adalah waris kepada salah seorang keturunan kesultanan selangor yang bernama raja hamzah bin raja ahmad bin tengku long..kepada sesiapa yang mengetahui salasilah keturunan saya silalah membantu saya mencarinya untuk memastikan saya adalah dari keturunan kesultanan selangor yang sah…jika yang megetahui salahsilah ini sila email saya di..(wanikmal@ymail.com)..

  8. saya adalah waris kepada salah seorang keturunan kesultanan selangor yang bernama raja ibrahim raja salehuddin sultan selangor ke dua..tapi saya ingin berkongsi pada anda yg berketurunan di atas yaitu bugis boleh lah kunjugi laman web
    http://www.jejakkeluarga.dkays.com..yg mana banyak maklumat kita termasuk atok,bapa saya dan saya pun ada nama di situ..anda cuba lah..
    sebarang pertanyaan anda boleh email pada saya wn_zck@yahoo.com atau http://www.facebook.com/mahaputra.my

  9. saya adalah waris kepada salah seorang keturunan kesultanan selangor yang bernama raja ibrahim raja salehuddin sultan selangor ke dua..tapi saya ingin berkongsi pada anda yg berketurunan di atas yaitu bugis boleh lah kunjugi laman web
    http://www.jejakkeluarga.dkays.com.. yg mana banyak maklumat kita termasuk atok,bapa saya dan saya pun ada nama di situ..anda cuba lah..
    sebarang pertanyaan anda boleh email pada saya wn_zck@yahoo.com atau http://www.facebook.com/mahaputra.my

  10. NADIA NABILA BINTI MAZINI said

    SAYA NAK TAHU SENARAI NAMA KERABAT DI RAJA SELANGOR YANG MELARIKAN DIRI DARI ISTANA DARI SERANGAN JEPUN. KERANA SALAH SEORANG DARINYA ADALAH MOYANG SAYA DAN DIA TELAH MENUKARKAN NAMANYA MENGELAKAN DI KESAN. JADI NAK TAHU KALAU BOLEH DAPAT TAHU NAMA ASALNYA UNTUK TUJUAN KENDURI.

    • lovess said

      banyak keturunan raja dulu2 yang tukar nama jadi nama org kebanyakan sbb takut dibunuh lanun…itu yg dicerita oleh atuk saya..

    • mahathir said

      betul tuh mmg ada..mcm keturunan saya..tak dapat nak cari..hanya tahu nama dari kata ayah sy tengku atau engku said yang duduk kat istana lama jugra…

  11. Asrul Al-Zaidi said

    BAGUS SEKALI BLOGNYA ….

  12. Ummi Najah said

    salam, kalau boleh saya nak tgk carta salasilah keturunan bugis ni…boleh dapatkn utk saya?

  13. Aminudin bin Abu Ruddin said

    Sekiranya sesiapa boleh beri senarai nama adik beradik Raja Mahadi bin Raja Sulaiman (Kelang)…iaitu anak-anak Raja Sulaiman. Saya ingin menyingkap sejarah Perang Kelang…dan hendak tahu ke mana adik beradik Raja Mahadi lari selepas Perang Kelang. Saya diberitahu oleh ayah saya bahawa keturunan kami berasal dari Kelang…lari ke Pahang bila berlaku kacau bilau di Kelang….

    • master chef lokman said said

      assalamualaikum Aminudin ,saya pun tak tahu berapa ramai adik beradik Raja Mahadi .apa yang saya tahu datok saya bercerita selepas perang klang Raja Mahadi telah lari ke Melaka mengikut sungai klang hinggalah ke melaka ,Raja Mahadi telah pun berkahwin dengan kerabat dr keturunan Riau iaitu Tengku Khalijah anak kepada Panglima Pak .Baginda telah dikurniakan 8 orang anak 5 lelaki dan 3 perempuan .En Aminudin nak tahu knapa saya tahu sejarah Raja Mahadi kerana saya adalah salah seorang cicit Raja Mahadi .Mengikut cerita datuk saya setelah beliau sampai ke Melaka baginda telah menukar nama baginda kepada MD SEH BERMAKSUD Mhadi bin Sulaiman.Baginda tidak letak tittlenya kerana tidak mahu org tahu siapa beliau.Mengikut cerita datuk saya ayahandanya Raja Mahadi tidak ada kuburnya spt yg tertulis dalam internet mengatakan makamnya ada.ianya rahsia kata datuk saya.Alhamdulillah bnyk yg telah diceritakan oleh marhum datuk kepada saya.sebab itu ada org marah kalau saya kata sultan selangor yg ada selepas sultan Mohamad itu sultan yg palsu!ini saya sertakan salasilah dari keluarga saya ( lokman bin said bin marhum tengku kurnia bin marhum raja mahadi bin raja sulaiman ibni sultan mohamad ibni sultan ibrahim ibni sultan salahudin (raja lumu) sultan pertama selangor

      • master chef lokman said said

        senarai adik beradik raja mahadi
        1.raja mahadi raja sulaiman
        2.raja jamaji bin raja sulaiman
        3.raja daud bin raja sulaiman
        4. raja jamia binti raja sulaiman(anak isteri ke 2)
        5.raja rabia binti raja sulaiman (anak isteri ke 2)
        Aminudin dr keturunan siapa?

      • Orang2 Biasa Sahaja said

        salam.
        master chef lokman.
        saya sangat2 nak tahu pasal keturunan r. mahadi.
        tapi sy ni orang2 biasa sahaja.
        saya minat tahu sejarah2 raja2 selangor.

        owh.
        maknenya allahyarham tidak meninggal di Selangor?
        bukannke allahyarham pulang ke Selangor pada tahun 1880++?

      • master chef lokman said said

        kisah raja mahadi sama seprti raja permpuan riau iatu nenek moyang kami ,boleh juga dikatakan spt cik siti wan kembang .saya rasa bnyk perkara yg x boleh di ceritakan ,cerita ini juga sama spt tuan syed haji sulong tok guru saya ,puteri gunung ledang dan hang tuah .saya rasa org2 biasa shj x perlu tahu tentang moyang saya tp ingat ya raja yg berdaulat sumpahnya makbul ,sehingga sultan selangor dr dulu smpai skrg x aman hidupnya w/pun zahirnya nmpak ok tp derita siapa yg tahu.melainkan diserah kembali kpd yg berhak

      • Orang2 Biasa said

        hehehe..

  14. mohd firds said

    salam..ingin bertanya,ada sesiapa yang tahu tentang raja tahir atau tun tahir semasa sebelum sultan abd samad diangkat menjadi sultan?

  15. pahlawan bugis said

    siapa tahu sejarah Raja Embun?

    • Raja Embun ade 2 sahaja adik beradik. Dan raja embun ade sorg anak perempuan iaitu nenek saya yang masik hidup.berumur hampir 90 thn. Nenek saya penah menceeitakan bahawa raja embun melarikan diri dr istana sewaktu perang saudara. Beliau telah menukar namanya dan.berkahwin dgn rakyat biase. Jika anda mempunyai maklumat berkenaan raja embun sila emaikkn kpd sy joeyzter@gmail.com

      • salam…abg angkat saya ada bercerita tentang raja embun….dia mengatakan yg raja embun tu mak dia.raja embun mempunyai 2org anak.yg sulung ppuan dan yg bongsu lelaki tu adalah dia dan dia sekarang berumur 60tahun.dia juga bercerita yg kakaknya,raja embun dan suami telah mati dibunuh di sebuah kawasan estet kelapa sawit di jenjarum kuala langat selangor.hanya dia seorang yg masih hidup kerana pada masa itu dia sudah di serahkan pada sebuah keluarga angkat bernama kiyai sukepi.saya pun tak tahu mana cerita yg benar dan mana cerita yg salah.jika en.johan nak berjumpa dgn abg angkat saya…boleh juga encik johan call saya di 0133738677.nanti kita boleh tahu semua cerita dulu2

  16. panglima hitam bugis said

    saya pn nak tau sapa2 yang tau ttg raja embun.. siapa dia..boleh ceritakan?

  17. panglima hitam bugis said

    betul ke raja embun salah sorang keturunan kerabat diraja selangor yang melarikan diri menyamar jadi org kebanyakkan

  18. naza said

    salam ada sesiapa tahu raja permaisuri agong sabariah binti sultan salahuddin pada tahun 1978? dikatakan pewaris selatan selangor.saya mungkin berketurunanya,mohon tidak melabelkan ape apa hanya mencari keturunan sahaja
    .dikatakan juga puan saloma binti sabri beralamat jalan sasa 7 seberang wilayah kuala lumpur mempunyai cerita atau salasilah keturunan ini.email kan naza_89aa@yahoo.com

  19. naza said

    sesiapa y tahu sejarah salasilah daeng bugis y dikatakan mempunyai adik perempuan bernama mala sari.sila emailkan kpda saya…saya hanya mencari keturunan sahaja.naza_89aa@yahoo.com

  20. firds dzul said

    saya ingin mencari atau mengetahui salasilah raja tahir atau tun tahir dan adakah tun tahir pernah diatabal menjadi sultan sementara ketika 2 tahun selangor tiada sultan sebelum sultan abd samad ditabal menjadi sultan selangor?ini di cerita oleh arwah moyang saya,cucu/cicit (lupa) kpd raja tahir,kemudian dicerita kpd anak2 mereka iaitu atok2 sedara saya dan diceritakan kpd ayah saya dan saya sebelum 2 drp 3 atok sedara saya meninggal dunia..diceritakan juga,selepas sultan abd samad ditabal menjadi sultan,tun tahir/raja tahir lari ke bkt kuching,jeram dan buka perkampungan baru utk menyorokkan diri krn diarah bunuh oleh sultan abd samad..ayah sy juga pernah bercerita,ketika dia masih kecil dan tinggal bersama arwah moyang saya di bkt kuching,ketika arwah moyang sy tgh memarut kelapa dihalaman rumah,jiran disebelah rumah berlari kerumah moyang saya dan berkata “knp mak ENGKU buat..biar sy buat”..ayah saya ckp bhw yg berlari itu adalah dayang2 istana yg turut sama ikut lari ke bkt kuching..wallahhualam..bkn utk menuntut apa2 cuma ingin tahu tentang sejarah keluarga sendiri krn arwah tok long saya beritahu bhw sejarah tun tahir/raja tahir dipadam oleh british krn baginda menentang british dan almarhum sultan salahuddin pernah mencari arwah tok long saya di bkt kuching tetapi arwah tok long saya menyorok akibat takut sumpah hukum bunuh masih lg ada..wallahualam..arwah tok andak saya pula pernah menunjukkan kpd saya dan ahli keluarga yg lain barang2 istana lama seperti tombak,panah,keris dan dulang tembaga berlambang gajah di tengah2 yg disimpan diatas loteng rumah..harap sesiapa yg tahu dpt share krn x semua tahu ttg sejarah ni..

    • orang2 biasa said

      salam,

      menarik en. firds.
      tp ape yg sy tahu,
      antara tempoh 1857-1874, sultan abdul samad dilantik sebagai sultan ke-4.

      kalu raja tahir bin raja muda musa ada le.
      then, raja tahir bin raja indot kalu tak silap saya.
      tp ni time sultan abdul samad dh jadik sultan.

      sory kalu melalot.

      • firds dzul said

        seingat saya apa yg diceritakan oleh atok sedara saya, raja tahir ni dari susur galur sultan ibrahim..bile saya tgk susur galur sultan ibrahim,sy pun pening..huhu..semasa 2 tahun yang dikatakan selangor xde sultan sebelum sultan abd samad ditabal menjadi sultan,kemungkinan raja tahir ni yg memerintah selangor..tetapi british x suke..sbb raja tahir ni pro melayu…manakala sultan abd samad ni pandai berbahasa inggeris dan british suka…tetapi ramai yg x setuju sbb sultan abd samad ni menantu terutama sekali raja tahir yg menentang..bila sultan abd samad dah ditabal menjadi sultan,diarahkan mencari dan bunuh raja tahir dan padam segala sejarah mengenai raja tahir(yg ni x sure samada sultan abd samad atau british yg arahkan)..tu yg raja tahir lari ke bkt kuching,jeram…wallahualam..cite ni diceritakan oleh arwah tok long saya..dia dah meninggal tahun lepas..dia yg byk tau atau bercerita pasal sejarah ni..sekarang tinggal 2 org je atok sedara saya dan salah seorang drp mereka tgh membuat susur galur tetapi masih x lengkap lg di sebabkan kekurangan sumber..kebanyakkan yg tau pasal sejarah ni dah meninggal dunia..

      • Orang2 Biasa Sahaja said

        Salam firds dzul,
        menarik.

        tapi stakat yg saya tahu.
        saya tidak pernah tahu bahawa sultan abdul samad pandai berbahasa inggeris dan baginda bukan Pro Inggeris.

        then, sultan abdul samad bukannya menantu. baginda adalah sultan selangor keempat yg sah bersusur galur darip keturunan Sultan Salehuddin, Sultan Selangor pertama.

      • Orang2 Biasa Sahaja said

        tp ini just pandangan saya.

        minta maaf kalu ada apa2.

      • firds dzul said

        owh..x mengapa..saya pun masih mencari2 lagi susur galur ni..kalau x silap saya,sultan abd samad berkahwin dgn raja arfah..anak perempuan sultan muhamad krn baginda xde anak lelaki,kalau x silap saya..diceritakan juga kpd saya,selepas sultan muhamad mangkat,dan dicatit oleh sejarah bhw 2 thn selangor xde raja, sebenarnya selangor beraja,iaitu raja tahir..wallahua’alam..org2 tua bgtau,byk sejarah telah dipadamkan..

      • org2 biasa said

        salam firds.
        stakat yg sy baca rekod la kan.
        sultan muhammad ada putera.
        antaranyat raja mahmud.
        raja laut.
        raja ibrahim.

        then, kemungkinan raja tahir ni, adalah putera sultan muhammad.
        sbb ada yg sy baca, die tulis raja tahir ni putera sultan muhammad.

        bab raja tahir jdik sultan sementara yg tu sy tak pasti,
        stakat yg sy tahu.
        sultan abdul samad dh jadik sultan selangor pada tahun 1857.
        then ditabalkan pada tahun 1859.

        yes.
        mmg selangor beraja.
        sultan yg dipegang time tu adalah sultan abdul samad.

        stakat yg sy tahu juge, tengku ampuan basik just cume sebut nama raja muhmmad utk gantik sultan muhammad.
        then pas raja mahmud tak dapat gantikan, tengku ampuan basik pilih plak raja yunus. tp tak dapat gak.
        sebabnya sultan abdul samad sebelum die jadik sultan selangor, baginda pegang jawatan tengku panglima besar selangor yg mana title ni adalah no. 3 tertinggi dalam penntadbiran diraja selangor.

        tp ni just pandangan dan berbincang2.
        hehehehe…
        thx.

  21. orang2 biasa said

    salam,
    bg sy sultan2 selangor yg dulu2, tidak lemah.
    kebanyakkannye kite diputar belitkan oleh org barat.

    jgn kite lupe, org barat time dulu mmg pandang rendah pada kite.
    sbb tu die ckp mcm2 lgpun org barat nak jajah jadi dorg gune la propaganda.

    padahal di selangor, sejak tahun 1766 dh maju dan moden mengikuti arus pemodenan pada masa itu.

    sultan salehuddin bijak dan pengusaha bijih timah.
    sultan ibrahim bijak dan pengusaha bijih timah.
    sultan muhammad bijak dan pengusaha bijih timah.
    sultan abdul samad bijak dan pengusaha bijih timah.

    sy tak stuju kalu kebanyakan menyatakan pentadbiran sultan muhammad dan sultan abdul samad dikategorikan sbg lemah.
    padahal, kalu ikot konsep skrg n dibandingkan dgn zaman sultan2 ini.
    sultan muhammad dan sultan abdul samad adalah sultan selangor yg berpandangan jauh.
    mereka melantik orang besar daerah utk melicinkan pentadbiran diraja selangor.
    sbb tu diletakkan di sungai2 yg ada di selangor ni.
    sama juge konsep skrg, ada yb di daerah2 masing2 di selangor.
    kan sama tu.
    mereka dilantik utk melicinkan pentadbiran di negeri selangor.

    adakah ini dianggap lemah?

  22. pendekar diraja said

    salam, maaf mggu semua sy berketurunan kepahlawanan Bugis makasar. merupakan piut armarhum datuk sy muhammad @ Mat ribu @ Pendekar Ribut. yg bersahabat baik dgn bugis daing kuning sultan abdul hamid.

  23. Zabedah binti Ismail said

    saya ingin mencari salasilah keturunan datuk saya,dia adalah keturunan raja pagaruyung lari ke tanah melayu.nama sebenar beliau ialah tengku sulong dan abang kepada ayahanda tengku rahimah permaisuri raja salahuddin.ini dicerita sendiri oleh tukang payung sultan selangor .tuanku menyuruh tukang payung itu mencari kekanda beliau dimana kekanda beliau adalah jiran kepada tukang payung tersebut.mula-mula datuk saya menafikan tetapi akhirnya mengaku bahawa ayahanda tengku rahimah adalah adik kandung beliau.saya mencari hanyalah ingin mengetahui sahaja salasilah ini memandangkan datuk saya sudah tiada lagi cuma gambar beliau sahaja yg ada.beliau meninggal dunia pada tahun 1964 ketika itu umur saya baru 8 bulan.kekanda saudara datuk saya dulu tinggal di ulu langat yg bernama maimun.sesiapa yg mengetahui tentang cerita ini sila balas pesanan ini.

  24. Puteri nur dalilah said

    Jn

  25. Gilang said

    Bagus.tapi kalaw bisa di tempelkan fhotonya sekalian.
    (•̃͡-̮•̃͡)∫
    Ϛ♥ ☺ķªª¥ ;)
    ☁/ \☁ .

  26. fahmi dinie said

    salam semua pembaca; sya ingin menyinkap susurgalur kesultanan bugis sulaweisi, jika ada yg mengetahui blh emailkan ke alamat : fahmi.danish@yahoo.co.uk.

    jika ada yg mengetahui susurgalur raja syed ahmad dimakam di Tanjung Pinang, Bintan, Kep. Riau. beliau mempunyai seorang anak bernama syarifah jamilah bt raja syed ahmad minta emailkan juga keterangan ke email : fahmi.danish@yahoo.co.uk

  27. naza said

    boleh sapa2 kctau sapa laila sari keturunan bugis….dan sapa sultan salahuddin abdul aziz…y nama anak sultan Tengku Puteri Zahariah…benda ni dtg dalam mimpi saya…pening kepala saya nak percaya atau tidak……dan meminta saya mengenakan pakaian kuning

  28. Tengku Puteri Zahariah anakanda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Beliau juga kekanda kepada sultan Selangor Sekarang..

  29. hanya ingin tahu (kemusykilan salasilah dan kedaulatan) said

    Saya ingin tahu, bagaimana takhta sebagai ‘Sultan’ boleh diberikan kepada menantu?

    Bukan kah sepatutnya ia diberikan kepada keturunan Sultan Muhammad Shah, kerana setahu saya Sultan Abdul Samad memberikan takhtanya kepada suami anak perempuan nya.. (atas informasi yg diberikan diatas)

    Bukankah Sultan Abdul Samad sepatutnya memberikan kembali kepada keturunan Sultan Muhammad Shah instead of memberikan kepada ‘menantunya’? Dan bagaimanakah pula keturunan pada masa dahulu iaitu pada asalnya diberikan nama ‘raja’, boleh disambungkan menjadi ‘tengku’ (pada masa kini) ?

    Dan dari manakah “Tengku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin)” berasal? Dan pada asalnya Tengku kudin ada nama ‘tengku’..? Betulkah?

    hanya kemusykilan tertimbul atas informasi yg diperolehi sebenarnya. Diharapkan jangan ada yg salah sangka keatas pertanyaan saya ini. Saya ingin tahu cerita yg sebenar dari pelbagai pihak, iaitu maybe dari cerita cerita nenek moyang YM raja yg sempat diceritakan sebelum ini. Terima kasih kpd mereka yg sempat membaca post saya ini, Saya mengucapkan terhutang budi jika ada YM menjawab tanda tanya saya ini.

    • org2 biasa said

      salam,
      skadar yg sy tahu.
      bg sy, sultan muhammad tidak memberikan kepada menantunya sbg sultan.
      sbb sultan abdul samad seebelum die jadik sultan, die pegang jawatan ketiga tertinggi dalam pentadbiran dirja selangor iaitu jaawatan tengku panglima besar selangor.

      dalam pentadbiran diraja selangor sebelumnya tertubunya undang2 kanun selangor kalu tak silap..
      utk jadik sultan, kerabat diraja wajib memegang jawatan raja muda selangor.
      sekiranya raja muda selangor takda or takda yg layak, jawatan tengku panglima besar selangor leh jadik sultan.

      time tu, jawatan pling tinggi adalah sultan selangor.kedua tertinggi adalah raja muda selangor dan ketiga tertinggi adalah tengku panglima besa selangor.

      jadi bg sy, sultan abdul samad berhak dan layak jadik sultan.
      lagipun peranan golongan pembesar ampat pun menyokong pelantikan ini.

      lgpun, sultan muhammad dan sultan adbul samad ada related.
      sultan muhammad ni pakcik nye suultan abdul samad.
      bg pandangan sy, ini tak datangkan masalah.
      tambahan lg, sultan abdul samad memegang jawatan tengku panglima besar selangor yg disandang pada tahun 1844 ataupun lebih awal lgi.

      pasal dari raja ke tengku, sebab sultan sulaiman, sultan selangor kelima, nak tukar pekataan tersebut supaya nampak lebih islamic kalu tak silap.
      lgpun sultan sulaiman ni sultan yg alim.

      tengku kudin asal dari kesultanan kedah.
      tengku kudin ni memegang jawatan raja muda kedah time tu.
      tp datang ke selangor kahwin ngn putri sultan abdul samad.
      kalu tak silap saya, mmg tengku kudin dah ada nama tengku.

      nape ek?
      ni just pandangan sya

      • master chef lokman said said

        setelah diteliti dgn jelas dan diterang dgn jelas dr pihak2 yg pernah berkhidmat dgn kesultanan selangor setahu saya jawatan yg sepatutnya menjadi sultan ialah YANG DIPERTUAN BESAR SELANGOR bukan tgku pglima besar .tp siapakah Yang Dipertuan Besar Selangor masa tu ?apa yg saya tahu beliau disingkirkan oleh british kerana yang dipertuan besar adalah anti british,masa tu sape sokong org putih dptlah naik jadi sultan .x payah nak kata org tu org ni yg naik !!!!nak-nak krabat2 skrg ni cakap berbelit2 nak juga kata suku sakat dia org betul kalau betul pasal apa sultan2 ni semua x tidur kat kaki lima istana ?nak2 sultan skrg ni la ni tidur kat hotel panas katanye ada gangguan .fikirkan knape jadi gitu?selepas sultan abdul samad takde sultan yg boleh bersemayam diatas takhta selangor ,itu namanya ketulahan dr raja yg memang btul2 berdaulat.krabat2 ni semua tau hal sebenar cuma nak berselindung lagi .saya pernah jumpa antara krabat yg duduk kat quaters istana alam shah tu ,cakap marah2 lepas tu tanya saya balik knapa org dulu2 sumpah mcm ni.saya tanya semula kak engku ni yg saya panggil engku Ann !ibarat kita mengambil tanah yg bukan milik kita atau memang bukan hak kita maka itulah balasannya,u all smua sembahyangkan dan tahu hukum hakam knapa x ikut ?biasalah kalau bab harta ,pangkat dan darjat manusia ni sanggup berbunuhan x cara kasar cara halus so skrg trimalah musibahnya………………..

      • Hanya Ingin Tahu (Kemusykilan Salasilah Dan Kedaulatan) said

        Atas pandangan yang diberikan diatas, saya ingin berterima kasih atas pandangan yg diberikan. Diharap kan janganlah bersalah faham atas pertanyaan saya itu.

        Bagi pandangan master chef lokman diatas, saya juga tahu tentang hal sedemikian. Kerana mungkin kita adalah dari pihak yang sama. Diharap kan tiada perbolak balik kan tali persaudaraan kita di hari kelak. Insyaallah.

  30. Siapa boleh beritahu tentang keturunan Sultan Muhammad bin Sultan Ibrahim Bin Sultan solehhudin (Sultan-sultan Selangor) iaitu Raja Haji dan Raja Inai yang berhijrah ke Rantau, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai waris Kelang? MB Negeri Sembilan, Dato Mohammad juga daripada waris Kelang ini. Sila balas di sini dan di FB saya: http://www.facebook.com/syeikhkamalyusof

  31. Siapa boleh beritahu tentang salsilah Sultan Selangor seperti Sultan Solehhudin (Raja Lumu) bin Daeng Chelak di mana isteri Daeng Chelak Tengku Mandak binti Habib Abdul Jalil bin Habib Abdul Majid yang berketurunan daripada said Alawi sehingga ke said Muhammad Al-Bakri sehingga ke Saidina Hussain RA Bin Saidina Ali RA Bin Abi Tolib, Ahli Bait Rasulullah SAW, yang sentiasa di hina, dihalau ke sana sini, sehinggalah bumi Melayu ini sudi menerima waris Rasulullah ini menjadi Sultan mereka. Kalian yang menghina orang Bugis, berhati-hatilah kerana mereka ini orang Bugis Ahli Bait keturunan Rasulullah, dihalau daripada Tanah Arab, bertaburan di Nusantara, di terima menjadi sultan-sultan di Malaysia sehingga hari ini, seperti Sultan Selangor, Sultan Perlis, Johor, Trengganu, Sultan Perak (Mungkin), Yam Tuan Besar, Negeri Sembilan (mungkin) dan mungkin negeri-negeri lain juga, Sultan Ahli Bait Nabi SAW seperti ( Raja Jordan yang dihalau oleh Raja Saudi keturunan penyamun) dan Maghribi. Mereka bukan penyamun mana-mana negeri, Mereka diterima oleh rakyat dengan rela hati dan rela turun takhta bila keadaan memerlukan, sila baca sejarah, yang merosakkan pemerintahan mereka ialah penjajah Barat dan Jepun, bukan rakyat tempatan yang mengasihi mereka kerana mengetahui mereka orang mulia, adil dan saksama, ramai ulama di kalangan mereka yang menyebarkan Islam di Nusantara sehingga hari ini. Lihatlah keluarga Habib, Said/Syarifah di Nusantara ini dan sumbangan mereka terhadap penyebaran Agama Islam dan pentadbiran kerajaan.

  32. salam…..abg angkat saya ada beritahu saya yg di anak kepada raja embun dan telah di serahkan pada 1 keluarga angkat semasa sebelum merdeka dahulu kerana darurat,pada masa dia berumur 40tahun.ibu angkatnya telah menyampaikan wasiat dari raja embun berupa telur.katanya mcm telur ayam,kulit luar dah mcm batu,bila di pecahkan dlmnya ada lagi telur sebesar telur merpati dan telur yg sebesar telur merpati tu dia dah makan,yg jadi kemusykilan disini….benarkah ada telur mcm tu?saya tak berani nak buat andaian sebab mungkin keluarga diraja ada kelebihan masing2 yg tiada pada orang biasa

  33. Sul said

    banyak infomasi disini hanya sekadaa crita aje tanpa sbarang bukti. Yg dipamerkan ttg crita kturunan dan sbagainya xde kesahihannya. Banyak maklumat penting disembunyikan atau hilang dimamah zaman. Dptkan maklumat di Britain, disana ada jwpannya.

  34. NORISHAH said

    Saya ingin tahu sangat tentang sejarah Kg. Jeram Kuala Selangor. Saya ada salasilahnya tetapi tidak sepenuhnya. Ianya bermula dari salasilah pertama bermula dari KAT DAN ISTERINYA LATIFAH DAN ANAK-ANAK IAITU LONG, ISMAIL (nGAH), TALIB (ALANG), OSMAN (CIK) DAN ZAINUDIN (UCU)

    • salam…saya org jeram tulen..lahir dkt jeram dan nama saya raja shariff bin raja sahadan bin raja adnan….tp sy sendir x berapa pandai menegnai sejarah jeram ni…area kmpung sy tu bnyk gak yg keturunan raja,tp xtau dr sultan selangor yg mana satu…mak sy yg bnyk tau…tp keturunan jauh la…x dpt apa pun…just nama je…teringin gk nk tau sejarah keturunan sy…tp xda info…harap ada yg dpt membantu…tq…peace…

      • firds dzul said

        Salam..ayah sy pun org jeram..anak kpd arbibah,adik bradik dgn arwah shahab,pernah bekerja di sekolah bkt kucing dan aziz..cucu kpd tok bakar dan zahrah..arwah atok sedara sy shahab pernah tunjuk barang2 lama istana seoerti dulang,lembing n lain2..

  35. ADIK said

    SAPA2 YG TAHU NAMA 5ORG ANAK SULTAN ABDUL SAMAD SILA BG TAU SAYA TQ

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 85 pengikut lainnya.