Alasan Berbohong
Alasan berbohong
Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tidak ada arah tujuan atau cuba mencipta sesuatu masaalah yang tidak masuk akal. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.
1. Balas dendam
Sekiranya anda berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada anda. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. banyak wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.
2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apa lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titiknya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup anda dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.
3. Kekerasan
Kini, banyak wanita semakin sadar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila anda kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan anda tanpa sebaris kata. Mereka yakin, masih banyak lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada anda.
4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi anda berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila anda menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.
Sekiranya, anda tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk anda dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.
5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.
6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti anda. Jadi, sekiranya anda benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan anda dengannya segera.
7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak masalah di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan anda yang memulakannya dahulu.
8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.
Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa anda tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu anda dengan lebih lama?
9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika anda tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu anda pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.
10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu serasi saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan anda. Tidak hairanlah apabila anda masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
Sumber: Kosmo
nudin said
kenapa para suami merasa sakit saat istri selingkuh?….
bukankah sangat sedikit para suami yg tdk pernah selingkuh!…….
(sy lah diantara,sedikit para suami tersebut..)
Lia astiningsih said
Super bnget,wanita llo uda ada cinta,harta,dan kepuasan,,dia tdk akan selingkuh atw berbohong?
holy said
cuma wanita yang berparas anjing yang murahan kayak gitu…!!!
HENDRA KOSWARA said
BIADAB KALAU WANITA BERSELINGKUH
yogi cahya said
kalo laki2?
Sri said
Jangan egois jd laki2 apalg dah jd suami…kamu selingkuh aku pun bisa, kamu selalu menyakitiku aku pun bisa lebih2 menyakitimu.
rusdy said
Ya mendi ngan pisah aja. Laki2 gk bakal rugi gk hamil tdk ada resiko. Jajanan banyak.
Vitto said
Tidak Α̲̅ϑα̲̅ alasan apapun jika sudah berkomitmen dan mengatakan cinta…apabila hal diatas terjadi itu tandanaya memang tidak pernah cinta.
imam mz said
selingkuh lazim dilakukan oleh tidak akrapnya hubungan lisan antara keduabelah pihak yg sama mementingkan urusan pribadinya, namun selingkuh sanagat sangatlah indah,… krn sama sama menguntungkan,
Heny zevatsky said
Sesuai bgt dgn pengalaman2 sy,,,slalu diawali dr si priax smpai wanitapun berlaku seperti itu….. I like it… sesuai bgt
icha said
Bener bgtt tu alasan” knp wanita berbohong Π ngelakuin suatu hal,,sm persis deh ama khdupan shari”.. ♏♏♏ªªªªñÑñ†††ªªªªªPPPP
Tongseng Jamu said
Semua pasti ada Alasannya, bahkan ada 1001 macam alasan dalam setiap tindakan yang salah??%%^^##$$@@
Abdul Muiz said
Mantap