www.PortalBugis.Com

"Catatan Bugis Di Rantau & Budayanya"

Cara Berjalan

cara berjalan

Serasi adalah satu perkataan yang sering menjadi pokok kepada sesuatu perhubungan. Apabila anda memahami dan mengetahui personaliti pasangan anda, pasti lebih mudah mewujudkan keserasian.


CARA berjalan mungkin boleh membantu kaum lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi Pasangan Hidup.

SEPERTI sukarnya mencari mutiara di lautan, begitu jugalah sukarnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup.

Mencari wanita untuk disayangi seterusnya menjadi pasangan hidup bukanlah seperti memilih atau menukar pakaian.

Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya disusuli dengan kasih sayang dan keteguhan hubungan adalah impian setiap individu.

Personaliti seseorang biasanya boleh dilihat daripada pelbagai aspek penjagaan kuku, berbicara, cara makan dan tidak kurang juga melalui cara berjalan.

Penerangan mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu golongan lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi idaman di hati mereka.

Berginjat

Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbicara, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.

Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan

Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi banyak lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk

Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan bergaul dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.

Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berhasil menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak

Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan heran jika wanita seperti ini hanya mahu bergaul dengan orang yang berpengalaman luas saja.

Badan bergoyang

Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil peduli dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang cuek menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak

Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

Seperti jerapa

Jika berjalan seperti jerapa, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini haruslah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata. (kosmo)


8 Tanggapan to “Cara Berjalan”

  1. oooo G2 YA……

  2. andi said

    wanita itu. .salalu menyusahkan klw berjalan menunnduk. .di a munafik. .sikap tertutupnya tidak jujur. .

  3. andi said

    tdk semuaya itu benar. .
    banyak aku lihat tpi kurang cocok. .

  4. andi said

    owww…tapi masih salh. .tdk sperti yang aku kira. .

  5. mnmfcw said

    o..gt yah,ada benarnya juga c…

  6. indra said

    oOUuww……,,WoouuWWWW….,,,,//

  7. mitha said

    OOO……..HHH gitu yach

  8. muizz said

    Wah… okey juga nich

    nice post…. ku suka

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s