www.PortalBugis.Com

"Catatan Bugis Di Rantau & Budayanya"

Penemuan

PENEMUAN

INGIN tahu mengenai penemuan-penemuan baru dunia perobatan? Ikuti ruangan Penemuan pada minggu ini.



Kimoterapi rawat kanser pankreas

HINGGA kini, kanser pankreas adalah penyakit yang paling sukar dirawat. Namun kajian terbaru mendapati teknik kimoterapi mampu mengubati penyakit tersebut.

Menurut pembantu profesor perobatan pusat kesihatan Gastrointestinal di Hospital New York-Presbyterian, Dr. Allyson J. Ocean, eksperimen ke atas tikus makmal yang diberikan ubatan kimoterapi iaitu gemcitabine (Gemzar) menunjukkan perkembangan positif terhadap pembangunan sel baru dalam melawan kanker pankreas.

EKSTRA: Sumber dari mesin pencetak yang diliputi bahan kimia N-propyl-acrylamide dan acrylate tints dikenal pasti sebagai pencetus alahan asma, kata kajian pakar paru-paru di Hospital Lenox Hill, New York City, Dr. Len Horovitz.

Cola undang penyakit otot

Penelitian mendapati kebiasaan  minum cola akan mengundang hipokalemia iaitu sejenis penyakit berkaitan kejatuhan paras potasium dalam darah yang menyebabkan masalah fungsi otot.


MINUMAN cola boleh menyebapkankan pelbagai fungsi otot.



Jelas ahli dari Universiti Loannina, Greece, Dr. Moses Elisaf, kajian tersebut membuktikan kandungan asasnya iaitu glukosa, fruktosa dan kafein merupakan penyumbang risiko terhadap penyakit diabetes, gigi dan perkembangan metabolik malah turut melibatkan kepelbagaian fungsi otot yang berkaitan.

EKSTRA: Kemerosotan fungsi dalaman telinga menyebabkan warga tua berisiko jatuh atau hilang keseimbangan secara serius. Pernyataan ini dilakukan oleh Profesor dan Pengarah Otolaringologi di Sekolah Perobatan Universiti John Hopkins, Dr. Lloyd B. Minor.

Ibu gemuk punca anak asma



KETUA Jabatan Pencegahan dan Perkhidmatan Kesihatan di Institut Kesihatan Awam dan Persekitaran Belanda, H.A. Smith mengatakankan, ibu yang mengalami obesiti sebelum dan ketika kehamilan berisiko menyebabkan anak mereka menghidap asma.

Malah peluang anak mereka menghidap masalah pernafasan juga akan meningkat sekiranya si ibu juga turut mempunyai masalah asma dan gemuk.

EKSTRA: Menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, wanita mengandung perlu mengambil ubatan pencegahan selesema dengan lebih serin kerana mereka lebih berisiko berbanding wanita tidak mengandung.(kosmo)

Satu Tanggapan to “Penemuan”

  1. […] HINGGA kini, kanser pankreas adalah penyakit yang paling sukar dirawat. Namun kajian terbaru mendapati teknik kimoterapi mampu mengubati penyakit tersebut.  Selengkapnya…>>> […]

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s