www.PortalBugis.Com

"Catatan Bugis Di Rantau & Budayanya"

Syeikh Yusuf

Syeikh Yusuf Makasar pembela dan penjunjung kebenaranGambar Syeh Yusuf

ADA orang marah apabila sesuatu hasil karyanya dipersalahkan. Sangat jarang seseorang itu gembira jika sesuatu kesilapannya ditegur oleh orang lain. Mudah-mudahan saya termasuk orang yang berterima kasih dan berlapang dada jika sesuatu karya saya yang tersilap dibetulkan orang. Walau bagaimanapun, sekiranya orang yang menyalahkan karya saya ternyata salah, maka pasti saya akan membantah berdasarkan bukti-bukti yang ada.

 

Artikel ini adalah jawapan saya terhadap tulisan pensyarah Kolej Dar Al-Hikmah Kajang, Mohd. Nasir Mohd. Tap. Kertas kerjanya ada menyalahkan tulisan saya. Ia dibentangkan dalam Forum Pengkaji Pemikiran dan Tamadun, Siri Ke-10 pada 27 April 2006 di Bilik Syura, Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang. Judul kertas kerja selengkapnya ialah ‘Rekonstruksi Tasawwuf: Kajian Analitis-Historis Reformasi Tasawuf Imam Ahmad Al-Sirhindi dan Pengaruhnya di Nusantara’.

Beberapa kalimat Mohd. Nasir yang menyentuh tentang saya dalam kertas kerjanya perlu saya tanggapi. Saya mulai dengan katanya, “Menurut pemerhatian saya, salasilah yang tersebut di atas mengandungi kontradiksi.” Katanya, ini dilihat dari beberapa sudut:

1. Di dalam buku beliau, Ustaz Wan Mohd. Shaghir menyatakan tarikh kelahiran dan kewafatan al-Syeikh Yusuf al-Maqassari adalah 8 Syawal/3 Julai 1626 M, 1110 H/23 Mei 1699 M, manakala Syeikh Baqi Billah al-Lahori wafat pada 1012 H/1603 M. Ini bererti kedua-duanya tidak pernah bertemu kerana al-Maqassari lahir kira-kira 23 tahun selepas kewafatan Syeikh Baqi Billah wafat pada 1012 H/1603 M (hlm. 14).

Perkara ini dapat saya tangkis, tetapi sebelum saya menyentuh langsung tentangnya perlu saya sebutkan bahawa hal yang sama pernah berlaku dalam salasilah Tarekat Naqsyabandiyah pada nama dalam salasilah yang lebih ke atas. Dikatakan Syeikh Abu al-Hasan al-Kharqani terputus salasilah dengan Syeikh Abu Yazid al-Bisthami. Demikian halnya Syeikh Abu Yazid al-Bisthami terputus salasilah dengan Imam Jaafar ash-Shadiq. Perdebatan yang panjang wujud di Indonesia. Golongan Tarekat Naqsyabandiyah hanya mengatakan menerima ilmu secara ‘rohaniah’, kerana yang demikianlah yang terdapat pada salasilah. Persoalan tersebut telah saya jawab dalam buku Syeikh Ismail Al-Minangkabawi Penyiar Tarekat Khalidiyah (Mac 1985, hlm. 24-28). Hujah-hujah saya yang menjelaskan bahawa salasilah Tarekat Naqsyabandiyah tidak terputus-putus telah dimanfaatkan oleh ramai penulis termasuk beberapa orang dari luar dunia Melayu.

Tentang isu yang diperkatakan oleh Mohd. Nasir, saya jawab seperti berikut. Ketentuan tahun lahir seseorang ataupun tahun wafatnya adalah tidak bersifat pasti atau mutlak. Oleh itu, sangat banyak dalam sejarah terjadi catatan yang berbeza. Sebagai contoh, ada riwayat bahawa sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling panjang umurnya ialah Salman al-Farsi. Ada orang meriwayatkan umurnya 250 tahun dan pihak lain ada yang meriwayatkan 350 tahun. Dengan demikian tentu tahun lahir atau tahun wafat akan berganjak dan berbeza pula. Penentuan umur tersebut pula bukan jarak dekat tetapi sampai 100 tahun. Contoh yang lain, Syeikh Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-Utsmani. Ada yang menyebut beliau lahir tahun 1226 H/1811 M. Riwayat lain menyebut beliau lahir tahun 1233 H/1818 M. Ini bererti selisih sekitar tujuh tahun. Pembuktian bahawa Syeikh Yusuf Taj al-Mankatsi (Makasar) murid Syeikh Baqi Billah al-Lahori adalah cukup jelas seperti tersebut pada manuskrip yang akan dibicarakan pada bahagian lain dalam artikel ini. Oleh sebab dalam manuskrip dinyatakan bahawa Syeikh Yusuf pasti berjumpa Syeikh Baqi Billah al-Lahori maka bererti tahun kelahiran Syeikh Yusuf Taj al-Mankatsi yang telah ditulis orang selama ini ialah 8 Syawal 1036 H/3 Julai 1626 M, dan tahun kewafatan Syeikh Baqi Billah al-Lahori ialah pada 1012 H/1603 M adalah mengelirukan.

Kekeliruan catatan yang melibatkan selang waktu 23 tahun iaitu setelah Syeikh Baqi Billah al-Lahori wafat baru Syeikh Yusuf Taj al-Mankatsi lahir masih sukar dibuktikan tetapi sekurang-kurangnya unsur-unsur keliru dapat dibuktikan.

Hampir semua penulis sebelum ini, termasuk saya sendiri, menyebut bahawa Syeikh Yusuf lahir pada 8 Syawal 1036 H bersamaan dengan 3 Julai 1626. Saya memetik tarikh itu daripada buku Buya Hamka judul Dari Perbendaharaan Lama (1963, hlm. 39). Abu Hamid dalam Syeikh Yusuf Seorang Ulama Sufi dan Pejuang (1994, hlm. 79-80), menulis, “Lontarak Riwayakna Tuanta Samalaka ri Gowa yang paling umum dimiliki oleh orang Makasar dan Bugis tidak menyebutkan tahun kelahiran Yusuf. Andaikata Lontarak Bilang Raja Gowa dan Tallo tidak menyebutkan kalimat secara ragu-ragu, Ia anne bedeng taunga nakaanakkang I Tuang Syekh Yusuf 3 Juli 1626, 8 Syawal 1036 (konon khabarnya dalam tahun ini dilahirkan Tuan Syeikh Yusuf) maka kita tidak mempunyai sumber yang relatif bisa dipercayai.”

Yang disebut oleh Abu Hamid itu ada persamaan dengan kenyataan Nabilah Lubis dalam Syeikh Yusuf Al-Taj Al-Makasari (1996, hlm. 18-20). Katanya, “Yusuf lahir pada 1626, bertepatan dengan 8 Syawal 1036 H. Tanggal tersebut terdapat dalam Kronik Goa dan Tallo (Ligtvoet 1880), namun Cense menyatakan bahawa tanggal itu baru ditambahkan kemudian setelah Yusuf terkenal. Mulanya yang disebut dalam Kronik Makasar hanyalah bahawa ibunda Yusuf meninggal dunia pada 13 Disember 1666.”

*Catatan

Penyelidikan saya yang terkini mendapati bahawa penyamaan tarikh lahir 8 Syawal 1036 H bersamaan 3 Julai 1626 M kemungkinan adalah tersilap. Tarikh 8 Syawal 1036 H adalah bersamaan 23 Jun 1627 M bukannya 3 Julai 1626 M. Jika kita gunakan tahun Masihi, tarikh 3 Julai 1626 adalah bersamaan 8 Syawal 1035 H, bukannya tahun 1036 H. Jadi ringkasnya, jika kita gunakan catatan tahun Hijrah bererti Syeikh Yusuf lahir tahun 1036 H/1627 M. Jika kita dahulukan catatan tahun Masihi, bererti Syeikh Yusuf lahir 1626 M/1035 H. Dari sini dapat dibuktikan bahawa yang telah ditulis selisih selama setahun. Apa yang betul secara pasti tahun kelahiran Syeikh Yusuf terdapat dua perbandingan tahun 1036 H = 1627 M dengan tahun 1626 M = 1035 H. Saya berpendapat, oleh sebab masyarakat Islam zaman itu menggunakan tahun Hijrah maka catatan yang betul adalah 8 Syawal 1036 H/23 Jun 1627. Catatan tahun wafat Muhammad Baqi Billah al-Lahori juga ada dua. Ada orang yang menyebut tahun 1012 H/1603 M, ada pula yang menyebut tahun 1013 H/1604 M).

Rasanya saya masih berkemampuan mengemukakan hujah-hujah ilmiah untuk meniti kebenaran dan pembelaan atas tulisan-tulisan saya supaya dapat dipelajari oleh pihak-pihak yang memerlukannya. Mohd Nasir menulis dalam kertas kerjanya hlm. 15, “… dan juga kesilapan mengidentifikasikan antara dua individu yang berlainan (antara Syeikh Abdul Baqi al-Mizjaji dengan Muhammad Abdul Baqi / Baqi Billah al-Lahori) telah membawa pengertian yang salah bagi pihak ustaz Wan Mohd. Shaghir sehingga beliau mengatakan ketika menerangkan Tarekat Naqsyabandiyyah yang dibawa oleh Syeikh Ismail al-Minankabawi bahawa Syeikh Muhammad Baqi Billah al-Lahori adalah guru kepada Syeikh Yusuf al-Mankatsi (al-Maqassari) Taj al-Khalwati.”

Kenyataan Syeikh Muhammad Baqi Billah al-Lahori adalah guru kepada Syeikh Yusuf al-Mankatsi bukanlah merupakan pendapat saya, tetapi adalah berdasarkan beberapa manuskrip yang tersebut di bawah ini.

Rujukan yang pertama ialah manuskrip Kitab Ar-Risalah an-Naqsyabandiyah Yusuf li al-Qadhi Bilad Buni (maksudnya: Bone, Sulawesi Selatan, pen:), koleksi saya sendiri, ditulis dalam bahasa Arab. Terdapat salasilah lengkap Tarekat Naqsyabandiyah, disebut nama gurunya Mahdi az-Zaman al-Khuji Muhammad al-Baqi al-Lahuri (Lahore, India, pen:). Diperkukuhkan lagi dalam manuskrip Zubdah al-Asrar fi Tahqiq Ba’dhi Masyarib al-Akhyar, juga koleksi peribadi saya sendiri, beliau tulis nama selengkapnya Syaikhuna (maksudnya guruku, pen:) al-Imam Muqtadha al-Anam al-Wali al-Arif Billahi Taala Maulana asy-Syeikh Muhammad Baqi an-Naqsyabandi al-Yamani. Diperkukuhkan lagi dalam manuskrip Zubdah al-Asrar, manuskrip Universiti Leiden Or. 7025 disebut oleh Nabilah Lubis dalam buku Syeikh Yusuf, Al-Taj Al-Makasari hlm. 132 pada catatan nota hujung nombor 55, menggunakan nama Maulana asy-Syeikh Muhammad al-Baqi Billah.

Ia juga menggunakan nama yang sama iaitu Maulana asy-Syeikh Muhammad Baqi an-Naqsyabandi al-Yamani, hlm. 114 teks Arab dan hlm. 115 teks bahasa Indonesia. Dalam Zubdah al-Asrar, manuskrip dalam bahasa Jawa, Naskhah Jakarta A 45, nama yang disebut juga sama iaitu Syeikh Muhammad Baqi Naqisybandi Tariqatane, Yamani Desane.

Hamka dalam Dari Perbendaharaan Lama menggunakan nama Abi Abdillah Muhammad Abdul Baqi (hlm. 40). Terkini, baru-baru ini (April 2006), Syamsul Bahri Andi Galigo dalam kertas kerjanya juga menggunakan nama Syeikh Abu Abdillah Muhammad Abdul Baqiy (Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, hlm. 641). Tidak satu nama pun daripada rujukan-rujukan di atas menyebut nama Syeikh Abdul Baqi al-Mizjaji (hlm. 15) ataupun Muhammad bin Muhammad al-Mizjaji al-Yamani (hlm. 16) seperti yang disebut oleh Mohd. Nasir.

Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan memang ada karya Syeikh Yusuf selain yang disebut itu memakai ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) pada hujung nama, selengkapnya seperti Syeikh Abu Abdullah Muhammad Abdul Baqi bin Syeikh al-Kabir al-Mazjaji (al-Mizjaji) al-Yamani az-Zaidi an-Naqsyabandi.

Nama ini beliau sebut dalam karyanya judul Sainah an-Najah, juga disebut oleh Prof. Dr. Tudjimah dalam buku Syeikh Yusuf Makasar, Riwayat dan Ajarannya (hlm. 16 dan 202). Bagi saya, masih dalam ‘kemungkinan’ ada dua nama yang serupa atau hampir serupa dalam satu zaman, yang seorang terdapat pada hujung namanya ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) dan yang seorang lagi tidak. Saya anggap yang terdapat ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) pada hujung nama masih sangat lemah kerana sepanjang penelitian saya tidak seorang pun penulis yang menyebut tahun lahir ataupun tahun wafatnya.

Mohd. Nasir dalam kertas kerjanya juga tidak menyebut tahun lahir ataupun tahun wafat ‘al-Mazjaji’ yang dikemukakannya sebagai guru Syeikh Yusuf Taj al-Khalwati. Perkara itu serupa dengan nama sehingga meragukan dan timbul pertanyaan apakah hanya seorang tokoh atau dua orang, atau lebih, bukan berlaku terhadap ulama yang diriwayatkan di atas saja, tetapi juga terjadi pada ulama-ulama lain. Sebagai contoh Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri ataupun Syeikh Abdur Rauf Singkel.

Apakah hanya seorang Syeikh Abdur Rauf atau dua orang? Perkara ini termasuk dalam polemik antara Prof. Dr. Hamka dengan Ir. Mangaradja Onggang Parlindungan. Sangat panjang bicaranya dalam buku Buya Hamka berjudul Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao terbitan Bulan Bintang, Jakarta, 1971.

Ada pun nama yang disebut dalam salasilah Syeikh Ismail al-Minankabawi dalam konteks yang dipersoalkan ialah asy-Syeikh al-Imam Muhammad Baqi Billah yang dapat dirujuk selengkapnya dalam ar-Rahmah al-Habitha fi Zikr Ism az-Zat wa ar-Rabithah (Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1425 H/2004 M, hlm. 83). Masih banyak perkara dalam kertas kerja Mohd. Nasir perlu saya bahas tetapi kerana kekurangan ruangan terpaksa saya tinggalkan saja, dan akan saya bahas lebih lengkap dalam buku tentang Syeikh Yusuf.

Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Sumber: ulama nusantaraStatCounter - Free Web Tracker and Counter

42 Tanggapan to “Syeikh Yusuf”

  1. muhajirrin_jirrin said

    permisi tabe..
    saya asal dari TanahTo- kaili..
    sy hanya mau numpang komen, dari beberapa komentar yang saya baca diatas, bahwa Syehk yusuf adalah toko ulama besar.., yang itu sy percaya,

    ada yang bilang beliau asli dari seulawesi selatan dan mengakui kuburanya ada di makasar dan beliau disebut wali 7,, sedangkan sampai sekarang orang maupun sejarawan saja belum bisa buktikan bahwa wali 7 itu benar-benar asalnya dari sulawesi selatan dan belum bisah dibenarkan bahwa beliau termaksud wali 7..?? mohon itu perlu lebih dikaji lagi teman” takutnya salah pemahaman, karena kita semua perlu pembuktian dari semua itu..sebenarnya kalau membahas sejarah yang ada di indonesia, maupun didaerah manapun, khususnya sulawesi selatan, masih banyak yang harus dibenarkan, karena banyak pembalikan fakta atas informasi sejarah yang didapat..

    mohon kritikanya..tarimakasih, TABE..

  2. 5733338 said

    perlu diluruskan sedikit, syaik yusuf di lahirkan di kerajaan tallo, bukan di kerajaan goa atau dimana pun, mengenai foto 7 wali itu sebenar nya editan pada tahaun 1990 -+, & tidak semua wali, ingat ….ciri-ciri mendasar waliyullah itu menyebarkan agama islam,……

  3. Jhoni said

    permisi n selamat malam daeng-daeng ku”…
    elo’ ka makkutana, apa kah dari kalian semua ada yg tau mengenai riwayat Petta Cambang Pulaweng??? dan apakah kalian punya salinan ato kopian lontara keturunan raja dari pemilik bolla loppo yg ada di bone itu??? mohon di respon ya? ini untuk menambah pengetahuan saya, mohon direspon ke alamat email say berikut : jhonikurniawan13@yahoo.com

  4. muhammad yusuf tonggi said

    mengungkap sejarah dunia
    malacca-of-celebes.blogspot.com/Bagikan
    Syeck Yusuf adalah Pangeran Yusuf, Wa’ Ali Yulla ini tercatat namanya sebagai “Siri Sultan Hasan Qudijn” dalam Perjanjian Bongaya tahun 1660-1667 (Bonga A is Ver Drag 1660-1667) yang dalam riwayat bugis disebut Perang satu Pariama.
    Syeck Yusuf adalah penganut ajaran NAHDIN,, garis darahnya sampai (all) pada Mulanna Hasan Nahdin (Nahdin bin Hassan),… Bermarga Khan, berderajat darah Wa’ dengan darah derajat tinggi (Tiin). iya kemudian disebut all-kha Wa’ Tiin.
    saat Negeri United States (Serikat Muslim) Indiaenshe Natien ingin menyatukan La Ta D’ Nii-i’ (Conink Code) dengan So’dangnge (tertulis Suddanige dalam perjanjian bongaya 1660-1667), ketika iya dipertemukan dengan Saudara lain ayahnya (Latenri Tatta Daeng Serang) yang menjadi parnernya pada Perang Pariama, iya melompat bagaikan dedak memeluk adiknya (Mammata Awang) sambil berkata “kamulah yg disukai oleh rakyat kita” sambil menanggalkan Tahtanya lalu meninggalkan Goa India Atlantis, iya lalu kembali kekampung neneknya, oleh karena kejadian itu, iya kemudian bernama Tuan Ta’ Salamakah.
    Neneknya Syeck Yusuf adalah Lapattawe’ Daeng Serang yang berdarah Afrika-Indiansche, Sang Petarung yang selalu memenangkan Pertarungannya, termasuk menaklukan Laica MatinroE Ri Addenenna. Beliau adalah Perintis dan Pendiri VOC yang pada awalnya dipimpin secara bergilir oleh para pemegang saham, sampai ahirnya menetapkan Serikat Dagang itu di Pimpin oleh seorang Gubernur Jenderal pada tahun 1611.
    Lapattawe’ Daeng Serang, gelar militernya Cornelis de Hout Man, dan Latenri Tatta Daeng Serang Gelar militernya Cornelis Spee El Man Sang Panglima Perang yang selalu memenangkan Peperangannya diatas “Mahkota Keberuntungannya”.
    Catatan tentang Arung Palakka:
    Ayah dari RaraE Lasaliu Khan-Arung Peluangi Mangkau’ Bone tahun 1424-1496 bernama Arung Palaka Lapattikeng.
    Latenri Tatta Daeng Serang bernama Arung Palakka PettaTorisompaE Setia MatintoE Ri Tompo’ Tikka.
    Lapatau Ri Matanna Tikka bernama Arung Palakka Lamataesso Arung Tungkenna Tanah Fort To-Ugiese MatinroE Ri Naga Uleng
    Lasingkeru’ Rukka yang mentahtahkan dirinya ditahun 1860 sebagai pengganti Laparenrengi yang meninggalkan tahtanya pada tahun 1857, bernama Arung Palakka Cella Bone.
    dan kembali ke Siri Sultan Hasan Qudijn, Sejarah orang inilah yang kemudian disulap menjadi Riwayat Sultan Hasanuddin,-
    Ma’af, Saya cuman meluruskannya` saja,-
    untuk meliha foto foto yang berkaitan dengan Indiaensche Natien, coba buka buka Krolonogiku di fb saya.
    Wassalam,-

  5. I Daengta Maloasa Karaeng Manjakkalak said

    tdk ada gunanya perdebatan dan adu klaim tanpa ilmu.
    sy telah mengamati perkembangan penduduk sul sel dan budayanya. selama sy mengamati sy menemukan ada kecenderungan orang bugis suka mengklaim yg bukan milik dan karyanya. termasuk syekh yusuf yg di klaim sbgai bugis. padahal orang paham dan jujur pasti mengiakan bahwa syekh yusuf adalah al makassary bukan al bugisi. begitu pula karya dan budaya yg lainnya yg di miliki oleh orang makassar tidak luput dari korban klaim dari orang bugis. sebut saja tallu cappa, siri na pacce, appa sulapa, berani, sultan hasanuddin, phinisi, tun abdul razak, makanan khas makassar, baju bodo dll. memang akhir2 ini sejak perjanjian bungaya terjadi semacam bugisasi oleh pihak bugis di sul sel. tapi yakinlah setiap kaum ada generasinya yg bangkit membela kaumnya yg trtindas. baik di tidas dgn fisik maupun non fisik(macam pencitraan dan tulisan lewat media cetak dan elektronik)…

    • taunna labakkang said

      Hahahahaha………., kayanya ada yang merasa kalau miliknya orang makassar diambil oleh orang bugis, saribbattang malabbirikku kipanaungi sikedde ceratta, kipakasannangi nyawata teakki eroki nakuasai ibillisi, napunna ikatte memang to pata tena tau akkulle angngalle massanglinna ammotere tonji mange ripatanna

  6. Syech Yusuf Taj al-Makasari Tuanta Salama
    (Rahasia segala hakikat )

    HAKEKAT

    Istilah bahasa hakikat berasal dari kata “Al-Haqq”, yang berarti kebenaran. Kalau dikatakan Ilmu Hakikat, berarti ilmu yang digunakan untuk mencari suatu kebenaran. Kemudian beberapa ahli merumuskan definisinya sebagai berikut:

    a. Asy-Syekh Abu Bakar Al-Ma’ruf mengatkan :

    “Hakikat adalah (suasana kejiwaan) seorang Saalik (Shufi) ketika ia mencapai suatu tujuan …sehingga ia dapat menyaksikan (tanda-tanda) ketuhanan dengan mata hatinya”.

    b. Imam Al-Qasyairiy mengatakan:

    “Hakikat adalah menyaksikan sesuatu yang telah ditentukan, ditakdirkan, disembunyikan (dirahasiakan) dan yang telah dinyatakan oleh Allah kepada hamba-Nya”. Hakikat yang didapatkan oleh Shufi setelah lama menempuh Tarekat dengan selalu menekuni Suluk, menjadikan dirinya yakin terhadap apa yang dihadapinya. Karena itu, Ulama Shufi sering mengalami tiga macam tingkatan keyakinan:

    1) “Ainul Yaqiin; Yaitu tingkatan keyakinan yang ditimbulkan oleh pengamatan indera terhadap alam semesta, sehingga menimbulkan keyakinan tentang kebenaran Allah sebagai penciptanya;

    2) “Ilmul Yaqiin; yaitu tingkatan keyakinan yang ditimbulkan oleh analisis pemikiran ketika melihat kebesaran Allah pada alam semesta ini.

    3) “Haqqul Yaqqin; yaitu suatu keyakinan yang didominasi oleh hati nurani Shufi tanpa melalui ciptaan-Nya, sehingga segala ucapan dan tingkah lakunya mengandung nilai ibadah kepada Allah SWT. Maka kebenaran Allah langsung disaksikan oleh hati, tanpa bisa diragukan oleh keputusan akal”.

    Pengalaman batin yang sering dialami oleh Shufi, melukiskan bahwa betapa erat kaitan antara hakikat dengan mari”fat, dimana hakikat itu merupakan tujuan awal Tasawuf, sedangkan ma’rifat merupakan tujuan akhirnya.

    Sedangkan Haqiqah secara etimologi berarti inti sesuatu, puncak atau sumber dari segala sesuatu, dalam dunia sufi, haqiqah diartikan sebagai aspek lain dari syari`ah yang bersifat lahiriah, yaitu batiniah, sehingga rahasia yang paling dalam dari segala amal, inti dari syariah dan akhir dari perjalanan yang ditempuh oleh orang sufi.

    Haqiqah juga dapat berarti kebenaran sejati dan mutlak, sebagai akhir dari semua perjalanan, tujuan segala jalan

    Hakikat dalam Tasawuf hakikat adalah imbangan kata syariat yang identik dengan aspek kerohanian dalam ajaran Islam. Untuk merintis jalan mencapai hakikat seseorang harus memulai dengan aspek moral yang dibarengi aspek ibadah.
    Bila kedua aspek ini diamalkan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan akan dapat meningkatkan kondisi mental seseorang dari tingkat rendah secara bertahap ke tingkat yang lebih tinggi. Pada posisi tertinggi Tuhan akan menerangi hati sanubarinya dengan nur-Nya, sehingga ia betul-betul dapat dekat dengan Tuhan, mengenal Tuhan dan melihat-Nya dengan mata hatinya.

    Syech Yusuf al-Makasary, telah membagi kiblat maqam terdapat 4 macam :
    1.Kiblat Amal Disebut kiblat orang-orang awam (ahli syariat), seperti misal: bagi orang awam tidak sah sholat apabila tidak menghadap arah ke kiblat masjil haram

    2.Kiblat ilmu disebut kiblat orang-orang khusus (al-khawas), sebagaimana Firman Allah “ Kemanapun kamu menghadap disitulah wajah Allah” (Al-Baqarah : 115)

    3.Kiblat al-sirr disebut kiblat khususnya orang khusus atau ahli hakikat-ma’rifat ( akhas al-khawas), kiblat ini adalah kiblat rahasia yang meliputi segala sesuatu yang tampak, dalam segala sesuatu, atas segala sesuatu, menurut segala sesuatu, bersama segala sesuatu, kepada segala sesuatu dan Dialah Segala sesuatu itu.
    4.Kiblat Tawajjuh, adalah kiblat yang ada di hatisanubari dan sejajar dengan hakekat hati, yang telah diisyaratkan dalam sebuah Hadits “ Hati seorang Mukmin adalah Arsyullah”.Sebagian ulama sufi menyatakan “ Hati itu ghaib, al-Haq juga ghaib, sehingga yang ghaib lebih layak dengan pendekatan yang ghaib pula. Apabila orang telah sampai pada keadaan ini, maka dia termasuk orang bebas.

    Di kalangan Sufi orang yang telah mencapai tingkatan ini disebut ahli hakikat. Kalau dihubungkan dengan Tuhan, hakikat adalah sifat-sifat Allah SWT, sedangkan Zat Allah disebut al-Haqq. Sufi yang dikenal dengan faham hakikat adalah Abu Yazid al-Bustami dan al-Hallaj yang pernah menyatakan “Ana al-Haqq”.

    Pembicaraan mengenai masalah ini tentu tidak bisa dilepaskan dari konsep Ittihad, Hulul dan Tawhid yang dalam pemahaman selintas dapat diartikan sebagai penyatuan makhluk dan Khalik. Para ulama Syari’at dalam Islam memandang konsep ini bertentangan dengan Islam.
    Oleh karena itu sebagaimana diketahui al-Hallaj mati dibunuh karena mempunyai faham Hulul dan seperti di Jawa Syekh Siti Jenar juga mengalami hal serupa. Kaum Sufi yang mempunyai faham ini kelihatannya merasa takut untuk membicarakan Ittihad, Hulul dan Tawhid. Karena itulah uraian tentang hal ini hanya dijumpai dalam karangan-karangan modern dan tulisan-tulisan para Orientalis.

    Ittihad adalah satu tingkatan dalam Tasawuf ketika seorang Sufi telah merasa dirinya bersatu dengan Tuhan. Saat itulah terjadi penyatuan antara yang mencintai dan yang dicintai. Dalam kondisi Ittihad seperti inilah satu sama lain dapat memanggil Ya Ana (wahai aku). Meskipun yang terlihat hanya satu wujud pada hakekatnya terdapat dua wujud yang berbeda.

    Adapun Hulul berarti menempati atau mengambil tempat. Dalam Tasawuf, Hulul berarti suatu keadaan (hal) yang dicapai seorang Sufi ketika aspek an-nasut (sifat kemanusiaan) Allah SWT bersatu dengan aspek al-Lahut (sifat ketuhanan) yang ada pada manusia. Hulul merupakan salah satu bentuk kebersatuan antara Allah SWT dan manusia. Kondisi ini dapat terjadi apabila manusia dapat mencapai Fana’ dengan menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan yang dimilikinya sehingga yang tersisa hanyalah sifat-sifat ketuhanannya.

  7. iwan jakarta said

    impormasi yg sy dpt dr para sesepuh konon ktany, Wallaahu a`lam mrka smua i2 asli orang awampone, dan mrk punya nm asli sblm d angkat mnjd aulia,i2 ktny yg sy dpt informasiny,insya allah sy msh mncari kbnarn i2

  8. Tajuddin Hs said

    berdebat ttg Syech Yusuf..tidak ada yg lebih tahu selain Beliau sendiri…Yang jelas Foto yang terpampang diatas bukan wajah syech yusuf yang sebenarnya…beliau mempunyai ciri khusus yaitu memakai kopiah hitam khas org Indonesia begitupun foto asli beliau memakai kopiah hitam tidak bersorban memiliki jenggot yang panjang berwajah agak kecil…konon kopiahnya lah yang menggemparkan tanah haram (mekah) ketika beliau memiringkan mesjid Alharam dengan kopiah hitamnya ketika kopiahnya dimiringkan kekiri mesjid ikut miring kekiri, ketika kopiahnya dimiringkan kekanan mesjidpun ikut miring kekanan tetapi semua itu terjadi atas izin Allah swt..beliau asli dari Makassar dan berbahasa Makassar..dan wali pitu yg sebenarnya adalah Syech Yusuf…bukan berarti ada 7 wali tetapi wali yang ke 7…jadi 6 yang lain selain syech yusuf bukan wali seperti selama ini yang beredar..

    • taunna labakkang said

      Asss… sebelumnya klo boleh tau kita dapat dari mana cerita tersebut, klo songkoknya yang menggemparkan tanah makkah saya sudah pernah dengar tapi klo wali 7 itu hanya syeh Yusuf saja saya belum pernah dengar… mohon bimbingannya… makasi banyak

  9. Wandy said

    Maaf Pak Muh. Syukri Basri, saya mau tahu dimanaki dapat sejarah kelahiran para walli pitue, saya mau sekali membacanya. klo ada ebooknya silahkan kirimkan ke email sy di wandi_abdullah@yahoo.co.id

  10. Muh.Syukri Basri said

    Di Sulawesi Selatan ada beberapa orang yang lahir dan munculnya tidak normal,misalnya : Syaikh Yusuf hanya tiga hari tiga malam di kandung ibunya.
    La Tatta arung Palakka.Ayah arung palakka bukan bangsawan tinggi,tapi ibunya adalah putri Datu Mario.ayah arung palakka tidak pernah mampu menyentuh istrinya saking cantiknya.lalu tanpa pernah merasa membuahi,istrinya bisa hamil dan melahirkan Latatta.Imam Lapeo di pungut oleh pengembala sapi di celah Batu daerah Campalagian.Kahar Musakkar juga hanya di pungut di Hutan oleh Orang tua yang mengira anaknya nyasar di hutan.ketika pulang ke rumah ternyata anak orang tua tsb ada aja di rumah.Petta Barang juga punya kisah yang sama.beliau di.dapat oleh petani saat masih Balita bermain di pinggir gunung.Wallaahu a’lam bissawab

  11. Muh.Syukri Basri said

    Menurut riwayat yang aku dengar,Bahwa Ayah Syekh Yusuf adalah bangsawan raja Tallo sedang ibunya juga seorang putri kerajaan yang sengaja memang di sembunyikan karena kecantikannya.Setelah menikah sang Ayah jarang mendatangi istrinya karena kesibukan dan adanya istri-istri yang lain.suatu ketika sang suami mendatangi istrinya,lalu terjadi gelap dan hujan tiga hari tiga malam.selama tiga hari tiga malam tersebut sang istri merasakan ke anehan di perutnya hingga hari ketiga pas waktu subuh kilat besar menyambar bumi bersamaan dengan lahirnya syaikh Yusuf.Sang ayah merasa sakit hati karena,dia merasa belum pernah menyentuh istrinya,kenapa bisa melahirkan.jawaban istrinya tidak membuat sang Ayah percaya.lalu karena cintanya pada sang istri,tetap saja dia merawat anak tersebut walaupun tanpa kerelaan.makanya syaikh Yusuf tidak di persiapkan untuk menjadi Raja.tapi di sekolahkan di sekolah agama.ketika pulang dari Arab,syaikh Yusuf mengusulkan agar Judi,sabung ayam dan ballok di hilangkan dari budaya makassar.namun di tolak oleh elit kerajaan.karena merasa usulannya di tolak syaikh Yusuf pergi meninggalkan Makassar menuju Banten.di sana beliau di sambut hangat,bahkan di nikahkan dengan adik Sultan Ageng Tirtayasa.dst

  12. arni wiiawanti said

    i like thats

  13. arni wiiawanti said

    AKU pgen tau lebih banyak tentang syekh yusuf

  14. andi tau ogi sidrap said

    tuanta syech yusuf itu asli org sidrap karena sewaktu itu wali 7 berkumpul di sidrap untuk menyatakan apa yg bgus kta namai perkunoulan kt ni malm ktika itu arung palaka atau disbut raja bone mengatakan kita merenung masing” ktika itu smuax sma hasil renuganx jdi mkax dinamai skrng ada wli 7

  15. ancha said

    ada ebooknya ga? tapi yang versi lontara
    klu ada tolong kirimin aku, soalnya aku butuh banget
    ni email aku :haanchaman9@gmail.com
    thx sebelumnya

  16. tuan tah syeikh yusuf asli orng sul sel kenapa sya megatakan beliaou orng su sel krna makam ya ad d mkzzr asli.

    • jhoewady law said

      betul saudara beliau tepatnya orng asli gowa makassar, bahkan beliau pernah akan dinobatkan sebagai sultan gowa,tapi beliu menolak dikarenakan beliu lebih ingin mendekatkan diri kepada illahi, padahl beliu adalah keturunan karaeng ti’no,yg jelas asal usulnya lahir dari ibu yg permasyuri,bukan selir,……..beliau juga digolongkan sebagai wali dunia,kesetaraannya setara dengan abdul kadir jaelani

  17. andy prasetyo said

    Buat yg hrus kta mngert sebenarnya bukan beliau berasal dri silsilah mna,tetpi bagaimna kta bisa mnemukan ilmu yg di tinggalkanya.karena pada dsarnya nabi sndri tidak untuk orng arab sja tapi sbagai rahmatan lil alamin.klau kta mau memahami tentu yg lebih pentng adalah ilmunya yg pada akhirnya sebuah ksimpulan ilmu itu sndiri.semoga kita mndapat rahmatnya.amin

    • Leres atuh kang..kenyataanya memang bukan orang dari makassar saja yang merasa memiliki tokoh ulama besar (wali pitu) di sul-sel yg meresap dalam hati,ternyata orang yg saya tua kan di makassarpun ternyata murid beliau dan saya diperkenalkan ketokohan wali pitu oleh beliau..subbanalloh..

  18. Rahman Raje said

    Ada seorang ulama besar dari Makassar yang pernah tinggal di Riau pada era tahun 1800an ketika Kerajaan Riau masih ada dimana makam beliau berhampiran dengan makam Almarhum Datok saya Raja Ibrahim bin Raja Abdul Hamid menurut cerita yang saya dapatkan dari orang orang tua beliau dipanggil dengan nama MADE atau MADEK berasal dari makasar mohon berbagi informasi jika mengetahui cerita tentang ulama tersebut

  19. evo said

    WALA TAQULUNNA ANNAL AULIAYAA MUTU BAL AHYAU WANAKAHU yang artinya janganlah kamu sekali kali mengatakan bahwa wali itu mati bahkan mereka hidup dan kawin lagi
    tidak diketahui kewalian seorang wali kecuali walinya lagi
    AL FAQIER ALBANTANI

  20. nasrudinkb said

    Salam . tolong lanjutkan…..terima kasih.

  21. wangsa with syeckh yusuf said

    love forever husen abdullah kadir al jailany syeckh yusuf n dtg lach dlm mpiq wahai pra waliq yg sllu mbatuq dlm pngobatan dri zgala hal yg merusak

    q brterimh kasi bxk pada mhu karna allah

  22. musri said

    aslkum…
    ramai yg mengatakan tuanta salamak…
    tabek2 saja ya..bukan mudah untuk
    dperkatakan tuanta salamak..klu orang keturunan
    bugis mesti tau..sapa tuanta??jangan dpermainkan nama tuanta salamak..
    klu boleh foto tuanta salamak dsimpan dengan baik..
    tolong lh klu boleh foto tuanta jangan dpermainkn..
    atau pun dsebar kepada org2 yg tidak berkepentingan…
    wasalam..

    • Alhamdulillah,Subbannaalloh,Allohu Akbar..walau saya orang jawa mungkin suatu hidayah diperkenalkan oleh orang yang saya tua kan di makassar diperkenalkan oleh beliau wali pitu,yang selama ini dalam benakpun tidak pernah terpikirkan oleh saya ulama besar di sul-sel..

  23. j41fur1 said

    mungkin turunan nabi hanya di arab
    hanya mungkin lo

    • Andi said

      keturunan Nabi tidak hanya di Arab melainkan seluruh penjuru dunia,.. beliau-beliau berdagang dr daerah dan melakukan Syiar Islam sesuai dgn anjuran Kakek mereka terdahulu Baginda Rasulullsh Muhammad SAW.

      mksh

  24. sofiyan said

    tolong kirimkan saya Fhoto syeh yusuf beserta fhoto wali pitua ke email saya, terima kasih

  25. amir said

    apakah betul syekh yusuf keturunan nabi

    • rhara said

      iya betul sekali syekh yusuf adlh slh stu dri keturunan nabi yg d mksudkn dngan adx wali pitue yg skrng sdh ad d tanh bugis dan ine sdh nyata beliau sudah mnunjukkan d cpa dia sbnarx dan sudah mnunjukkan dmna dia skrng sya prcya akn kdtnganx syekh yusuf krna sdh meliaht dngan mata kpla sya sndri ine nyata
      bkn cman syekh yusuf tpi k 7 wali pitue sdh ada d tanah bugis

  26. petta patau said

    mohon agar boleh diberitahu silsila syekh yusuf kerana ramai yang
    menyebut nyebut namanya sebagai keturunannya,namun tidak begitu terang/jelas,ada juga yang mengatakan ayahandanya dalah nabi khaidhir.a.s.manakala ibundanya adalah keluarga diraja gowa,sebelumnya diucapkan ribuan terima kasih.dari Malaysia.

    • mohon sekiranya orang-orang yang mengaku sebagai Turunan dari Syech Yusuf dapat memperlihatkan silsila yang mereka miliki awal dari mana dan dari mana sebab sampai sekarang saya masih buta yang namanya turunan dari Syech Yusuf ( Tuanta Salamaka)

      Tolong di Balas kalau ada Yang merasa turunannya

  27. salahuddin said

    aku kepengen foto syeh yusuf dan tujuh wali

Tinggalkan Balasan ke agus surjanta Batalkan balasan