www.PortalBugis.Com

"Catatan Bugis Di Rantau & Budayanya"

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR

Sultan Muhamad 1778 – 1826

Sebagai ganti Sultan Ibrahim ditabalkan Raja Muhammad iaitu Raja Muda. Walaupun baginda bukan anak isteri pertama bergelar Sultan Muhammad bersemayam di Kuala Selangor juga.

Pentadbiran baginda yang lemah itu menyebabkan Kuala Selangor menjadi sarang perompak. Buktinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap Orang Melayu ioleh Cina di Lukut tidak diambil tindakan, sedangkan baginda sendiri banyak berhutang kepada saudagar-saudagar di Melaka.

Perbuatan berhutang ini hingga melibatkan baginda sendiri hendak dicolek oleh saudagar-saudagar di Melaka. Nasib baginda agak baik, menatu Raja Juma’at memberikan jaminanakan melangsaikan segala hutang-hutang tersebut.

Dari kelemahan baginda inilag juga yang menyebabkan seorang keluarga Diraja Selangor bernama Raja Busu dengan sewenang-wenangnya membuka Lukut kerana bijih timahnya tetapi tidak membayar ufti kepada Sultan Muhammad.

Kelemahan-kelemahan baginda ini juga membuka luas pintu perang saudara di Selangor. Baginda juga terlalu suka memberikan sesuatu kawasan di bawahnya itu kepada menantu tidak kepada anak lelaki baginda.

Seperti mana yang terdapat Kuala Lumpur diserahkan kepada Raja Abdullah, Klang pada mulanya diberikan kepada anak lelakinya, Raja Sulaiman, tetapi apabila berlaku sesuatu Klang diserahkan pula kepada menantunya. Sementara Lukut pula diserahkan kepada Raja Juma’at iaitu menantu baginda.

Sikap memberikan kuasa Selangor dari anak kepada menantu ini menimbulkan perang saudara antara Raja Mahadi (anak saudara) menentang beliau. Begitu juga kuasa mentadbirkan negeri Selangor sendiri juga diserahkan kepada Raja Ab. Samad suami Tengku Atfah, turut membangkitkan peperangan saudara.

Kuasa menantu ini lebih meluas dan menjadi kemarahan rakyat, apabila pentadbiran Selangor diserahkan oleh Sultan Ab. Samad kepada menantunya Tengku Kudin. Kesemua perang saudara ini secara tidak langsung melibatkan Kuala Selangor.

Dari pergolakan ke pergolakan yang lain menyebabkan Selangor dalam keadaan kacau-bilau. Akhirnya baginda mangkat dalam keadaan negara yang tidak stabil pentadbirannya. Baginda dimakamkan di tempat yang sama di atas Bukit Selangor.

Dengan kemangkatan sultan Muhammad, Sultan Selangor tidak lagi bersemayam di Jugra. Perpindahan tersebut berlaku kerana pergeseran antara orang-orang besar di Kuala Selangor mengenai penggantian sultan.


Pemeterian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1927 Diantara Sultan  Selangor, Perak, Negri Sembilan dan Pahang.

Pergolakan antara Raja Muhammad, putera Sultan Muhammad dengan Tengku Ampuan basik yang masih kecil dilantik sebagai Raja Muda dan dipangku oleh Raja Juma’at (Lukut) berterusan kepada perang saudara.

Ketiga-tiga makam almarhum tersebut masih terdapat hingga ke hari ini dan terpelihara dengan baik di atas Bukit Selangor bersama pusara yang lain.

Setelah pentadbiran Selangor berpindah ke Jugra, di Kuala Selangor hanya tinggal seorang wakil sultan untuk memungut cukai di Sungai Selangor iaitu Raja Musa, putera Sultan Ab. Samad.

Apakala wakil sultan ini dihapuskan, Kuala Selangor hanya tinggal di bawah pempinan seorang besar daerah berjawatan Yang Dihormati Datuk Penggawa Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor, iaitu salah seorang dari empat orang besar Selangor.

Orang Besar Kuala Selangor

Jawatan ini bermula pada tahun 1785 semasa Selangor diperintahkan oleh Sultan Ibrahim. Orang yang pertama tidak diketahui tetapi nyata jawatan tersebut diteruskan hingga ke pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Syah yang bersemayam di Klang.

Pada 20hb. Oktober, 1898, Sultan Sulaimantelah melantik seorang besar Penggawa Permatang iaitu :

    1. Datuk Haji Ahmad bin Baba, bergelar Datuk Penggawa Tua Permatang Paduka Mahabijaya.

    2. Datuk Haji Mohd. Shah, digelar pada tahun 1916.

    3. Datuk Ismail bin Mohd. Shah, digelar pada 13hb. Mei, 1948.

    4. Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, dilantik pada 13hb. Mei, 1958 bergelar Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor. Masih bertugas.

Mengikut setengah pendapat, di Jeram dahulunya ada seorang ketua bernama Datuk Mafak dikatakan mati tertembak peluru emas, lepas itu digantikanoleh adaiknya bernama Datuk Sulaiman. Dari keturunan inilah yang digelar oleh Sultan Sulaiman sebagai Penggawa Permatang itu.

Disebabkan Permatang merupakan sebuah kampung Diraja Selangor, itulah sebabnya orang besar daerah tersebut diminta berada atau disebut Penggawa Permatang.

//

1

14 Tanggapan to “SEJARAH KESULTANAN SELANGOR”

  1. amin said

    assamualaikum, saya mencari salasilah tengu ampuan besik,menurut ayah saya beliau mempunyai adik bernama tengku tolah dan susur galur kami sampai ke tg. tolah..ada sesiapa dapat membantu..

  2. wan muhammad ikmal said

    assalamualaikum..saya wan muhammad ikmal..saya nak mencari salasilah keturunan atuk saya yang bernama RAJA AHMAD atau dikenali sebagai RAJA BOTAK..kerabat dari kesultanan selangor…bantulah saya..atau boleh hubungi saya di no 0175312124..

  3. Megat Shahrul Nizam said

    salam…saya sedang membuat sedikit research ttg kerabat selangor yang tersisih…kepada sesiapa yang tahu sila hubungi saya di talian 012 3121 893 (Megat Shah)….atau emailkan ke megatnizam@gmail.com

    Raja Abdul Aziz bin Raja Muhammad bin Raja……………….?
    Raja Aloyah Binti Raja Abbas binti Raja……….?

    Pasangan di atas mempunyai 4 orang anak…Raja Abdul Rahman, Raja Ibrahim, Raja Halimah dan Raja Zabedah….kesemua mereka berada di kuala lumpur

  4. Hamdan Ahmad said

    Assallamualikum. Mengikut cacatan sejarah, Datuk Mohd Shah, Datuk Ibrahim dan Datuk Ismail adalah berketurunan orang Bugis Linggi, Negeri Sembilan dimana datuk/neneknya bernama Bondeng, merupakan salah seorang anak Datuk Awaluddin, berbangsa Bugis Linggi yang meneroka Linggi kira-kira pada tahun 1750an.

  5. Mohd Zaki Noordin said

    Dalam sejarah perang saudara, ada terdapat tak nama Panglima Teha, yang menjaga Kota Bukit Kemuning, di Kuala Selangor?

  6. Kota Bukit Kemuning dalam Jajahan Klang/kampung Jawa tetapi kini termasuk dalam daerah Shah Alam. Disitu ada sekelompok keluarga Di Raja yang berasal dr Klang. Ada sesiapa tahu keujudan Panglima Putih di Kuala Selangor, ketika pemerintahan sultan selangor i dan ii.

  7. razalinor harun said

    Saya nak tahu sejarah Panglima Sabtu yang membunuh Tengku Kudin

  8. razalinor harun said

    Nak tahu siapa yang membunuh panglima Nayan

  9. cessa said

    benarkah raja moch sazni kekasih syahrini adalah keturunan raja selangor?

  10. Noor Lida said

    SEBAGAI GANTI SULTAN IBRAHIM DITABALKAN Raja Muhammad sebagai Raja Muda walaupun bukan anak isteri pertama. Siapa Nama pemegang hak sebenarnya?

  11. Siti Nurul Idayu said

    sy mencari tentang kategori sejarah selangor mengikut politik, ekonomi dan sosial..ada x?

  12. Bluescarf said

    Siapakah Penggawa Permatang kini? Adakah keturunan Datuk Haji Mohd Shah?

  13. Harat said

    Saya sedang mencari maklumat tentang asal usul institusi orang besar daerah di Selangor.Mengapa ia diwujudkan? Apakah fungsinya? Harapa hubungi saya: slamry@yahoo.com

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 83 pengikut lainnya.