www.PortalBugis.Com

"Catatan Bugis Di Rantau & Budayanya"

Bugis Sabah

KISAH AWAL KAUM BUGIS DI SABAH

Oleh : Nordin Bula

Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.

Pada dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi aspek budaya, suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai ‘Bahasa Ugi’ dan mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil “aksara” Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia.

Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.

Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.

Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.

Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.

Konsep siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan dengan kata-kata suku kaum Bugis antara lainnya :

- “…aja mumaelo’ nabetta taue makkalla ricappa’na lete’ngnge”.

Maksud terjemahannya : Janganlah engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung titian ( Janganlah engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki ).

- “…naia riasengage’ to warrani maperengnge narekko moloio roppo-roppo ri laommu, rewekko paimeng sappa laleng molai”

Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan, Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.

Sumber:
Dipetik dari Kertas Projek Penyelidikan “Penglibatan Politik Suku
Kaum Bugis Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau” oleh Nordin Bula.
(Perpustakaan Wilayah Tawau, Peti Surat 775, 91008 Tawau, No.Tel /Faks : 089-760632)

97 Tanggapan to “Bugis Sabah”

  1. cicik bugis bone yg sedang kena cari dkat bone sekarg ni ade lah

  2. matdollah said

    sy keturunan bugis daek, lingga. sekarang menetap di selangor malaysia.

  3. ctjue said

    saya keturunan Petta Tallo yang berkahwin dengan Petta Chinnai(raja bugis)…. saya merupakan anak kepada Petta Tiwi yang juga nasih berada dalam payung kerajaan… hanya ingin berkongsi keturunan kerana almarhum ayahanda saya tidak membenarkan kami menuntut warisan kami… hanya keris pusaka yang masih dalam simpanan kami yang juga menjadi rebutan antara daeng2 yang berada d sabah yang sama2 merantau dari tanah bugis…

  4. anak bugis sabah said

    banyak lagi nama2 yang tidak disebutkan masa penerokaan bandar tawau…

  5. Nur Zulkarnain Nurdin said

    Saya berketurunan bugis makassar dan kini menetap di tawau sabah dan bertugas di jabatan persekutuan. saya bangga menjadi orang bugis.

    • jetman said

      assalamualaikum…sy ade kwn ngan dak bugis sabah,hmpr nk dkat 1thn Lbh.kami brcdng nk brtng,,sy asal kelantan.tp sy takut ngan adap2 die orng..sy kenal die baru sy tahu pasal bugis..rupenya bugis bkan pnduduk jati sabah.ayah nya pun x ic.name nya pun d bin kan pak cik nya.sy takut nk kenalkan fmly die ngan fmly sy..sy nk khwin ngan die,nk die ikut budaya kelantan,budaya islam.tolong bg pandangan untk sy…

      • apid said

        wsalam.. bugis ni sme lah mcm jawa ngn minang.. kaya dgn adat.. ada yg btol ada yg trlalu taksub n bole menyebabkan kekufuran.. mcm kuda kepang ori org jawa johor.. skan da kena bend.. nk takot ape? kalo nak ditakotkan ilmu hitam, org melayu pon pakai ilmu hitam.. sume org sme je.. yang penting kesungguhan ko tuk didik bakal pasangan idup ko..org bugis ni xde lh jahil agama..siap ada wali pitue (7 wali) lg..pendidikan agama mantap tp ada yg bercampur ngn adat..emm..soal IC dah jd lumrah dkt sabah..especially TAWAU. awek ko Bugis Tawau kan? Jabatan Pendaftaran di Tawau mmg amat menyakitkan hati..xcaye tye ngn Jab. Pendaftaran kt Putrajaya. Diorang dah masak ngn penjawat awam (rata2 suku BAJAU) kt pendaftaran twu.siap masok paper lg..Urusan mmg payah nk beres..kalo yg brkemampuan tu, pegi putrajaya la urus..kalo yg x mampu, ada la jd kes2 yg mcm tu..byk lg kes lain…

      • anak bugis peranakan sabah said

        walaikumsalam saudari… kasian dengan nasib saudari…soal hati tidak mengira antara darjat dan keturunan … cumanya di sini saya bole beri sedikit pandangan bahawa adat resam bugis sabah sudah sinonim dengan adat melayu-Islam. Asal dengar perkatan ‘bugis’ mesti tahu bahawa asal usulnya adalah sulawesi, seperti orang kelatan di mana saja dia beranak pinak, bila tahu ‘ kecek klate’, menteliti orang pasti terarak dari kelantan…begitu juga halnya bugis di sabah, generasinya lahir di sabah, tapi mak ayah atau datuk dorang adalah perantau datang ke sabah dari sulawesi.. Perdana menteri kita sekang, Dato’ Najib dari keturunan Melayu-Bugis.. jadi tidak ada bezanya bugis dengan melayu. hanya kawasan saja jadi perbezaan antara bugis-sabah dengan bugis-melayu ( semenanjung )..sekian

      • apida lama ko menghilang… hohoho…dengar2 ko mo kahwin dahttp://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/bugis-sabah/#comment-form-load-service:Facebookh?

    • mail said

      apa cerita skrg? dh kawin dgn bdk bugis tu?:)

  6. asry said said

    Aq adalh slh seorang putra yg d lhrkan oleh darah daging 2 insan yg berbansa bugis asli…aq bangga n x pernah merasa kurang apapun bl aq sdr diri aq adlh drh dr suku kaum bugis.krn aq sdr yg bangsa ku ini x prnah wujud @ hdr d dlm diri mrk ungkpn @ kt mngalah n putus asa dgn apa skali pn … So,aq btl btl bangga krn lhr dr drh dnging suku kaum bugis ….

  7. hidup raja bone…

  8. zulkifli said

    aku bangga kau anak bugis…bugis sabah semakin maju…

  9. Sabahaidy Konche said

    Saya berbangsa bugis kelahiran Tawau bersyukur kerana kedua orang tua saya berbangsa bugis dan secara amnya saya berbangga berdara bugis kerana ia satu bangsa yang bertamadun iaitu punya tulisan dan bahasa sendiri… tetapi yg saya sedihkan ada segelintir bugis ini yang ingin di panggil Daeng, Andi & Petta, sedangkan meraka merantau di negara orang mencari rezeki meraka selalu banggakan diri mereka…sedang mereka bekerja diperintah oleh orang lain…Patutkah anda PETTA diarah kan untuk bekerja iaitu diperintah2 oleh orang lain…jadi tinggalkanlah nama petta andi dan daeng itu di kampung(SULAWESI), nanti di sana baru di gunakan…
    Naseng ogiea “mejja Pette disuro menchagie kamaroa” renung2kan lah sappokku maneng aie Malaysia..

  10. -AKU- said

    aku xtau la adat bugis neh……yang nyata aku jumpa sorang neh,perangainye suka meniru…fitnah n lupa daratan…..aku tau xsume mcm tu…..bile aku tanya orang sabah….jawapan nye same je….suka melaga2kan orang ,…………..

    • umairah said

      AKU..memg smuanya tak macm tu…keperibadian tdak mlbatkan bgsa atau suku kaum…malangnya, anda sndiri bjumpa org yg bgitu…pergilah kemana pun, jiwa, peribadi bukn dkuasai oleh bgsa smata2…buka mnda anda sluasnya…tdak prlu btanya orglain utk brtanya tntg suku kaum bugis, mna2 suku pun sama shja…ada yg baik ada yg bruk…slagi dia brnama mnusia yg wras…klu la mahu dkatakan bgsa yg trhebat..hnya ada satu bgsa yg trhbat iaitu bgsa Arab Quraisy d mna d agkat drjat suku kaum ini dgan mlntik Nabi yg trakhr dr golongan bgsa ini…nmun, anda jg kna sdar dr bgsa yg dmuliakan Allah ini juga la, lhirnya pnderhaka2 mnnentang Nabi yg dimuliakan…jd…ubah mentaliti, fkiran anda…blajar utk mnerima orglain bukn bdasarkan bgsa…tp, bkwan la krana kita adalh mnusia yg sama…wallahu a’lam…

  11. sarniza binti hj. salinri said

    pada idi pada elo sipatuo sipattokkong

  12. jetman said

    ape2 hal,i love bugis..tp perasaan takut ni ade lg nk brjumpa ngan fmly2 bugis.

  13. Sam said

    Saya berketurunan asli Bugis. Lahir di Tawau, Sabah. Sekarang berada di Malaysia Barat atas urusan melanjutkan pelajaran. Saya tidak tahu sama ada ibu-bapa saya berdarah raja atau bangsawan. Pada saya status darah itu tidak penting kerana manusia itu semua sama di sisi Allah SWT.

    Saya sebagai Orang Bugis berasa kekurangan. Tidak mencukupi sekiranya saya tidak mempelajari Bahasa Bugis. Walaupun saya boleh bertutur Inggeris, Jerman, Jepun dan sekarang berjinak-jinak dengan Bahasa Perancis.

    Saya amat berharap dapat mengekalkan zuriat Bugis namun zuriat itu tidak dapat saya kekalkan seandainya saya beristerikan gadis Brunette yang berasal dari Selatan Perancis. Mana mungkin dia mahu makan Burasak.

    Saudara dan saudari sekali (Pengunjung portal) Pada idi’ pada elo’

  14. jabal nur daeng pasolo said

    saya anak allahyarham pari daeng pasolo..kini sebagai guru pelatih ijazah sarjana muda perguruan di institut perguruan malaysia kampus tuanku bainun,Penang. I’m very proud to be BUGIS.

    • rusman said

      i am also bugisnese, we must proud with our tribe

    • daeng raneng said

      di sebalik geniusnya generasi bugis hari ini tapi hakikatnya kita dalam dilema…. di mana kurang di mana hilang, terus pupus bahasa kita bahasa ogi… tidak ramai yang masih handal dalama pertuturan ‘ bicara ogi ‘… terri’ ka inggarrang dallek ta’…alelele puang’..

  15. saya juga berketurunan bugis bone tapi saya tidak perna jumpa keluarga bugis saya! sesiapa yang mengenali bapa saya yang bernama andi abbas pattalawa bin andi pali mareng tolong la hubungi saya e-mail saya jasmia_87@yahoo.com atau no. telepon saya 0146566640.

  16. sukardiyanto Rustam said

    saya cinta sama bugis bone… bangga sbap lahir dr drah bugis… bugis maju jaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  17. Pierre said

    Salam..
    Saya jg berdarah bugis dan lahir di M’sia. :)
    Saya ingin mengetahui tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘Daeng’? Sejarahnya dan siapakah mereka yang berketurunan dan dipanggil Daeng?
    Harap ada yang boleh berkongsi ilmu ;)

    TQVM …

    • Pierra…> DAENG..adalah kbnyakan di pakai utk panggilan dr yg mud kpd yg lbh tua it di bugis asli. adapun panggilan DAENG jg di pakai utk bugis makassar it sbg marga tp msh di bwh dr pd andi-petta at karaeng….!!

    • Hamsa said

      Daeng, Puang, Andi panggilan untuk satu2 keturunan. Lebih jelas macam di Malaysia ibarat tengku. tuan. wan. nik.

      • haras said

        boleh juga dikatakan panggilan itu adalah darjat atau pangkat seseorang yang berketurunan raja. dan yang di gelar raja dahulunya adalah seorang pahlawan dan barulah dia di angkat sebagai raja – raja.

  18. kalllolo_ugi said

    Anak-anak Ugi yang berkebolehan mengisahkan tentang Bugis, dijemput untuk mendrafkan tentang Ugi untuk Persidangan Bugis, penghujung bulan Oktober 2010, bertempat di UKM. Maklumat lanjut, hubungi Ramlan melalui tel. 012-6221744 @ emel, kallolo_ugi@yahoo.com

  19. kalllolo_ugi said

    ada teman-teman dari sulsel yang boleh tolong belikan buku-buku bugis ? saya amat berminat untuk membelinya. atau ada penerbit buku yang sudi menjual buku-buku bugis di malaysia, saya sedia menjadi agen.

  20. Hamsa said

    Di Sabah sesetengh tempat minoriti Bugis, mereka cakap Bugis bangsa bagus. Rajin, pandai cari duit. Suku yang boleh besaing dengan suku China dalam perniagaan.

  21. daengsitturu said

    Salam..

    Thanks to Nordin Bula…, Hopefully he will finish up his Phd and write more about ” The Bugis Successfully”.

  22. Haras said

    Assalamualaikum…semua… Saya pun berketurunan bugis, nenek moyang saya wali 7.. ia itu 7 keturunan pahlawan yang d segani.sultan hassanuddin adalah keturunan kami ..pewira bugis yg berani pantang maut sebelum ajal… aku bangga ibu bapa ku berketurunan bugis sulawasi rappang dan siddrap dan bone tapi aku lahir d sabah. sesiapa yang mengenali paluggu n pubana nenek moyang ayah ku ibu pula maddanrrung. Ayah dan ibu ku sepupu 1 kali yg berasal dari baranti boleh lah menghubungi saudara mu yang menetap d telipok,tuaran, kota kinabalu sabah.emailkan ke haziqezzan@yahoo.com.

    • yudi said

      salam. mau tanya di baranti tu apa nama jalan nya?

      saya sdg cari sodara di rappang, kecamatan baranti, jl.andi pattanri.
      nama moyangku Tahirong@Daeng Pattiroi bin Daeng Lekak.
      sebab ayah pd moyangku dtg johor thn 1890 pastu pulang rappang ngan anak bongsunya lepas tamat jajahan Belanda.
      so sekarang keluarga keturunan dia, Daeng Uleh bin Daeng Lekak bin Daeng Sumpung, yg ada di Rappang.

      kalo kamu ada kenal nama2 ni, kata puang nama2 sodara di rappang tu.
      La Patekek@Kembolong, Landing, Labadok, Lacung, Lapanduo, Lanji, Labba, Bakkareng dan Wacca.

      satu skrg di Kunak,Sabah. sy dgr namanya La Ing Ambok Sakaria.
      baru gak dpt kerakyatan M’sia bbrp tahon.

      ada yg kenal ker? masih dlm pencarian ni.

  23. NANA said

    bha2……………..sa pn jtuh cnta da ma bugis…………

  24. pening said

    mau tanya lahh..teman lelaki sy org bugis tp masalahnya tiada ic..kami b’cdg mau kawin tp mcmmna law tiada icnya.brapa kali suda dy ulang alik dr tawau ke putrajaya.tp tiada jga hasilnya..apa pendapat kalian ya?terima kasih.. ^__^

    • haras said

      kau kahwin saja la apa salahnya nanti kau buatkan pasportnya dan jamin dia selama 5 tahun insyallah pasport boleh tukar ic tapi jangan sekali kamu jejak indon selama 5 tahun….

  25. safwanek said

    saya adalah anak bugis dari lahad datu sabah . apa yang saya lihat orang bugis kuat dan rajin berusaha sehinggalah sekarang mereka kebanyakannya sudah hidup mewah dan berjaya. sekarang orang bugis adalah penggerak ekonomi yang boleh dikata terbilang . anak2 bugis juga kebanyakkannya menuntut di institusi pendidikkan tinggi .tidak di nafikan juga ada yang menjawat jawatan tinggi di jabatan kerajaan dan juga swasta . kaum bugis harus menjadi contoh diatas usaha mereka kepada kaum2 lain di sabah . jika kita bersatu kita teguh bercerai kita roboh . sukses untuk bugis……

  26. safry said

    ad x sesape yg mempunyai keturunan yakni adik or abang saudara atau yg dahulunya merantau ke filipina n malaysia?kmudian dia kawen dgn owg filipina bernama inda mahani.nama samaran beliau d tanah malaysia khususnya sabah,tawau semporna ialah tukang pasiL,nama penuh x taw.tpi seingat saya ad ADIPATI ANUM..mohon email saya.keturunanya berada di semporna,tawau,nunukan dan bulungan.beliau di kebumikan di pulau dewa.seingat saya pembesar yg menjejakinya dan turut serta eekoran beliau tidak ingin pulang ke bone mempunyai keturunan yg bernama AMBO erek n AMBO DALLek..

    mohon sesiapa yg mengenali atau pernah mendengar cerita,sy adalah salah seowg waris beliau..ingin mencari leluhur n keluarga d tanah bone..

  27. hehehe…

    hamba…. anak bugis sabah ler tu…

    banyak lagi nama yang tak tersenarai sebab tak popular.. hehehe

    nak tahu? usha sendirik….

    saya mengaku bugis berbanding melayu…. dalam ic tulis bugis.. tapi bukan melayu?
    itulah adat orang sabah….

    namun daku masih gembira kerana dilahirkan bugis.. asal orang tanya? anda orang melayu?
    taklah hamba orang bugis? sebab dalam ic kate bugis hehehe…

    hanya kerana dipisahkan oleh pemerintahan belanda dan british… masing2 menjadi malaysia dan indonesia..akhirnya bila dikatakan bugis di sabah.. eh keturunan ko dari indon kan? walau keturunan hamba sudah lama hidup di tanah sabah sebelum sabah merdeka lagi..

    itulah manusia… itulah manusia itulah manusia yang tinggi egonya…..

  28. TOO ENDEKAN said

    sya ana”na tho ugi endekan

  29. TOO ENDEKAN said

    taPI sYa Lhr d malsia

  30. hafiezJPN said

    terima kasih kepada webmaster yang menyediakan info tengtan bangsa bugis
    saya bangga jadi anak bugis…saya juga anak bugis yang berasal dari sabah
    tetapi sekarang bekerja di Putrajaya

    .bugis tak akan hilang di dunia….

  31. fatin afiqah said

    apa budaya yang diamalkan di sana?

  32. Baabaaer said

    I am a half-Bugis hailing from Sabah, Malaysia. Right now I am at Sandakan. Really wanted to learn Bugis, but no one around me knows.

  33. jala sukma said

    Ikut tanya kalo di bolehkan….Ayah saya orang jawa di angkat anak oleh orang bugis saat bertugas di balikpapan beliau bernama baso khusen,,pada tahun 1955.Saya mohon penjelasanya..Baso khusen itu msih garis keluarga dari dato mana.karena banya peningalan pusaka yang harus aku kembalikan tapi biar tidak salah orang…..di antaranya perhiasan bangsawan bugis yg terbuat dari mas dan pusaka lainya yang lebih berharga.banyak orang yang ingin membelinya tapi saya tidak mau karena ini barang amanah.dan suruh di kasih ke salah satu keturunannya yang diangap beliau terpilih.Sedangkan saya buta tentang keturunan rajaraja bugis beliau lari ke balikpapan setelah mengasingkan diri dari mekah.pada saat beliau ketemu dengan ayah saya usianya sudah 112 tahun itu pada tahun 1955.dan ayah saya di pindah tugaskan ke jawa tahun 1965 pada saat it beliau masih hidup di sebuah bukit dekat mata air di daerah kilang minyak pertamina Balikpapan. mohon informasinya

    • haras said

      sabar saja ya moga di temui keluarga angkat mu….kamu jujur menjaga amanah dari seseorang biarlah pusaka itu kamu jaga manalah tahu suatu hari nanti pusaka menjadi hak milikmu.

  34. “takkan BUGIS hilang di dunia”…etulah laungan hatiku,,darah bugis yg mngalir dlm diriku slmanya. mjadi bukti kesetiaanku..maju bangsaku maju,…qt buktikan pd dunia qt bangsa yg berjaya… aq bhrp ada saudara sebangsaku sanggup tlong uruskn ic ku, aq lahir N skolah di TAWAU SABAH,..sampai tingkatan 5 tp masih blm ada ic. aq hrp saudara sebangsaku HAFIEZ yg bkerja di JPN PUTRAJAYA ble bantu aq…no hpku 0198309297…MADIEY
    .

  35. haras said

    assalamualaikum…………

    Saya ingin tahu keturunan ku Bugis” saya ada nenek lelaki yang menyerupai biawak tetapi dia sudah tidak ada lagi kerana sudah 7 kali dia mati dan tidak kembali lagi.kematiannya berakhir di sandakan..jadi apa yang saya tahu dari cerita emak saya nenek saya adalah keturunan wali pitu iaitu tujuh keturunan antaranya dalam gambar 7 bersaudara , dia yang paling tengah atas. sesiapa yang tahu cerita ini bolehlah menghubungi saya ditalian 088-498239.

  36. Wahyuni said

    saya ktrnn bugis bone… :-)

  37. andi asdar kitta daeng pawara said

    assalamu alaikum WR WB., saya salut dengan anak bugis yg ada di rantauan, semoga anda sukses dalam mengejar impian, salam dari kami yg berada di sulawesi.,

  38. asniey said

    assalamualaikum….saya suka bugis …coz hubby saya orang bugis ,saya orang kelantan ,dia lahir kat sabah tawau ,tp familynye x tinggal sabah lagi ,mereka dah balik kg mereka di Maroangin …kalau kami balik kg kami akan balik ke sulse….kalau makanannye pulak semuanye best….kalau dr makassar nak ke kampungnye sama mcm nak balik dr kl ke kelantan….tapi best …..yang sedihnye saya belum pandai cakap bugis ….rasa malupun ada …lebih2lg kalau saudaranya berkumpul …bercerita dalam bahasa bugis …saya cuma diam seribu bahasa…tp ada jugak perkataan2 yang saya faham …kalau yang x faham my hubbyla tempat saya bertanye..apa 2pun i love bugis…..

    • mail said

      ramai jg org kelate yg kawin dgn org bugis ni rupanya.. haha.. sy slh seorg..:)

    • teringat kawan saya jg org sabah khawin dgn orng kelantan..
      lelaki dr tawau pempuan dr rantau panjang kelantan
      yang lucunya kalu dorang gaduh2 kecil kan,1 cakap kelantan 1 ckp bugis
      heheh…masing2 x faham tu bahasa hahahah ,dan waktu2 cuti mereka bwa
      aku blk kelantan bes jg lh…sikit2 pok ku jg terkhawin org kelantan hahahahah..tapi jodohku d sabah jg aminnnn

      hidup anak bugis ………i lop bertubi-tubi BUGIS XIXIXIXIIXIX

  39. muhd.taufik bin hamid said

    saya juga berkturunan bugis pinrang dan polman

  40. bone watampone said

    Assalamalaikum,,,,saya juga brkturunan bugis bone i love bugis

  41. Andi Tenri campa said

    …Apapun adanya saya berbangga jadi anak jati bugis,walau lahir di negara lain,saya masih fasih berbahasa bugis dan boleh menulis dan membaca dalam lontara bugis..im proud to be ‘bugis’…cuma amat disayangkan sbb kebanyakan anak jati bugis yang sdh lupa asal usul dan tak mahu mempelajari bahasa ibunda(bugis),..
    ..saya berhajat mencari keluarga jaiuh/dekat antara semua suku kaum bugis yang berada di rantau(sabah/Semenanjung)dimana susur galur keturunan /salasilah dari wali pitue bagi mengeratkan tali silaturahim…untuk makluman tuan/puan sekalian saya keturunan sekurang2nya dua jalur sisi,1st dari Aru palakka,dan 2nd Andi abdullah Gani Petta Barang>petta lolo mandasini>petta Muhammad daeng Masalle(PANRE BESSI’E)>Petta Camming>Hamzah(ayahanda saya)
    Untuk Aru palakka keluarga saya mempunyai susunan galur salasilah lengkap(lontara)yang bermula dari To Manurung Ri Matajang>sawerigading>>>hingga kepada ibunda saya yang berasal dari kabupaten Wajo/Sengkang Sulawesi selatan.
    semoga hubungan persaudaraan tak terputus di peratauan..
    wallahu Alam…”

  42. tam said

    salam all mamaku rappang+ bapaku endrekan=jadilah aku heheh tapi sayang x lancar cakap boleh lah sikit.daripada kepada bgs ada sikit2 hehe..
    bugis,mcm mana drumah pun ckp melayu huhu…tapi dari pergaulan berbagai bangsa d sabah byk jg bahasa y ku pandai…pokoknya x boleh dijual heheh..kini aku kerja biasa2 saja bawa transport seluruh sabah.. y aslinya banyak jg tempat ku merantau mesti terjumpa org bugis hebak hebak..[org bilang,]apapun aku sd berkeluarga ,.mahunya cari cewek bugis tapi jodohku org jawa mas hehe ..(terima seadanya)
    aku bangga jadi anak bugis hidup bugis d dunia demi agama d bangsa….aramaiti……
    [mencari rezeki biar y halal]

    salam…..
    [ OTAI GROUP.......tam876 ]

  43. hidup bugis,,,hidup bangsaku demi agama islam..belum pernah ku jumpa bugis bkn islam,tidak tahu lh ada kh juga….byk sd tpt ku pgmerantau mana 2 pun ada bangsa ku.. yg sentisa tolong menolong….

    salam all….

  44. Rasyad said

    http://ppssmalaysia.blogspot.com/

  45. Palopo said

    Wahai sebangsa dan seketurunanku… Bersederhanalah, jangan meninggi diri. Bersabarlah, bila musibah menimpa diri. jangan tunjukkan keburukan kita.. tunjukkan kebaikan kita… dimana-manapun amalkan kesopanan dan kesusilaan…HORMAT orang yang ada di sekeliling kita.. Bugis sepatutnya begitu.. Tabe’……..

  46. yaya said

    salam..
    nak tanya klu gelaran untuk datuk dan keatas dlm bugis apa

  47. saya sangat tertarik membaca komentar komentar anda, saya sangat bangga sama kalian semua, meskipun kalian tinggal di negara lain, kalian tetap mengingat bagsa kalian *bugis*, saya sendiri Asli bugis Bone-Sinjai, berdomisili di palu Sulawesi tengah. hampir diseluruh daerah di indonesia terdapat org bugiss.. kalau bisa anak anak bugis di malaysia sekali kalai pulang ke kampung nenek moyangnya di sulawesi selatan.. skrg sudah ada penerbangan langsung Makassar – Kualalumpu. Makassar – kinabalu. menggunakan pesawat garuda Indonesia atau Airasia

  48. Anak bugis said

    Aku pun anak bugis tondekan juga. Asal dr sg imam. Ada sesiapa org sg imam yg kenal ngan keluarga mama naha. Tolong mintakan nombor tel dorg. Aku dah lama rindu ngan mereka.
    Tp aku jauh di semenanjung

  49. Hamba Allah said

    assalamualaikum.. saya seorang hamba Allah yang berbangsa bugis dan ada darah campuran Malbari (India Muslim). Rupa saya memang tidak ada rupa bugis tapi sifat saya memang berkait dengan sifat2 orang bugis. Ibu saya merupakan orang bugis sinjai. Namanya Hasanang binti Sunding. Ibu saya kata bahawa datuk saya ( Petta Sunding bin Raja ) adalah seorang kerabat diraja atau memang seorang raja. Oleh kerana berlaku penjajahan Belanda di Sulawesi pada waktu dulu tidak silap saya, maka seluruh keluarga datuk saya berpindah ke Sabah di Pulau Sebatik. Ibu saya berkata juga bahawa kalau diikutkan nama beliau mesti diletakkan ‘Andi’ didepan tetapi datuk saya kata tidak perlulah kita mewar-warkan status diraja kita di negeri orang. Saya bukan mahu memandang status ‘DIRAJA’ itu, tapi saya cuma tahu kebenarannya sahaja sebagai salah seorang ahli keluarga yang ingin tahu sejarah keluarga…

    sekian, wassalam.. saya harap kamu semua faham dengan apa yang saya katakan :)

  50. baik said

    Saya bugis+jawa+melayu+cina…heheheheehhe…jadi tak tahu nak bangga tang mana…. sama ada bugis ke, melayu ke, jawa ke, cina ke… asalkan islam di hati…. :)

  51. ayyu.helmy said

    Kjhj

  52. zahiril said

    patutkah bangsa bugis dapat kad pengenalan ????

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 82 pengikut lainnya.